Buku Anak Anugerah & Ujian

Tuesday, April 18, 2017

Buku Anak Anugerah & Ujian

Buku Anak Anugerah & Ujian

Mia kongsikan di blog ini untuk diwar-warkan kepada semua pengunjung tentang Buku Anak Anugerah & Ujian oleh Emycakes Lovette. Mana tahu ada yang berminat dan boleh ketahui pengalaman sebenar dari buku ini.

Sedikit pengenalan dari penulis...

Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi.

Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada  umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini.

Anda berminat untuk mendapatkan ilmu tambahan tentang kelainan ini? Sila klik SINI dan anda akan dihubungi untuk susulan lanjut.



Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian

Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)

  1. Dari hati
  2. Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
  3. Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
    • 7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD
    • Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
    • Teknik mengesan kelainan anak
  4. Punca anak kelainan upaya
  5. Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
  6. Pendidikan anak Istimewa
    • Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
    • Pendidikan pra-sekolah
  7. Rawatan
    • Rawatan Moden
      • Pakar Perkembangan Kanak-kanak
      • Occupotional Therapy
      • Kelas membaca menggunakan sistem Fonik
      • Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
      • Jenis-jenis Terapi lain
        • Terapi Visual
        • Terapi bercakap & bahasa
        • Terapi Fizikal
        • Terapi Mendengar
        • Terapi Nutrisi
        • Terapi Perceptual motor
    • Rawatan Syifa
      • Amalan doa
      • Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
      • Terapi menghafaz Al-Quran
    • Rawatan Tambahan Di Rumah
      • Tips membantu anak memaksimakan kebolehan
      • Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
    • Senarai Occoputional Terapi di Negeri Johor
  8. Rumusan & Penutup

Semoga ianya dapat memberikan manfaat pada ibu bapa yang memerlukan. Kepada yang ingin berikan sokongan bolehlah dapatkannya di pautan link atas.

** anak adalah permata hati....

8 comments:

  1. bagus jugak buku ni.. isi kandungan menarik..

    ReplyDelete
  2. Bagus buku nie, sebagai panduan buat ibu bapa dan bakal ibu bapa.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia...semoga syurgalah tempatnya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. bagus buku ni....memang sesuai untuk bacaan kita sebagai ibubapa

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters April 2017