Kehidupan Wanita Berubah Mengikut Acuan Suami


Perkongsian dari fb kawan Mia yang Mia rasa amat berguna bagi pengunjung yang dah berumahtangga. Yang belum pun boleh jadikan ini sebagai bahan bacaan ilmiah.

Jemput baca..



Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. SALAH MEMILIH SUAMI. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.

Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat. 

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ? 

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya. Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.           

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.." 

inshaAllah...

#copypaste

** moga dapat menyedarkan kita semua betapa pentingnya peranan suami di dalam mencorak kehidupan isteri dalam rumahtangga...

Post a Comment

3 Comments

  1. assalamualaikum mia...yer la mmg betul tu...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. dlm prkhwinan stp istri mngharapkan suami mmbimbing & mengimamkannya..istri akan setia sebaik mngkin pd suaminya walaupun byk dugaan & halangan yg istri lalui tp syg tak semua istri dpt merasakan kebahgiaan yg berpanjangan...

    ReplyDelete