Tazkirah 102 : Kelebihan Zikir




Kelebihan Zikir


  1. Mendapat keredhaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam diri
  2. Menimbulkan kejernihan dan kemanisan pada hati dan wajah
  3. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah s.w.t. serta dimurahkan rezeki
  4. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan
  5. Menghampirkan diri kepada Allah serta membuka seluas-luasnya pintu masuk segala kebaikan
  6. Menghalau dan mematahkan gangguan syaitandan juga niat buruk seseorang terhadapnya
  7. Menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati serta menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan
  8. Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit-penyakitnya serta menghapuskan dosa dan maksiat kecil
  9. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat
  10. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah
  11. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah s.w.t. di dunia, ketika di alam barzakh dan ketika melalui titian sirat kelak
  12. Menjadi pendinding dan perisai dari seksaan neraka
** perbanyakkan amalan dengan berzikir...


Post a Comment

5 Comments

  1. salam 10 malam ramadhan yang terakhir. jom gandakan pahal bulan ramadhan dengan berwaqaf. klik link jika berminat utk maklumat lanjut.
    https://app.senangpay.my/payment/148810000030

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...alhamdullilah aamiin...jom amalkn...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... sama-sama lah kita berzikir..

      Delete