image Tazkirah 97 : Anda Kategori Dakwah FB Yang Mana? - Mia Liana

Tuesday, June 6, 2017

# Tazkirah

Tazkirah 97 : Anda Kategori Dakwah FB Yang Mana?



Anda Kategori Dakwah FB Yang Mana?

"Takpelah takde orang nak like pun status aku.. takpe... Redha. Ganjaran akhirat ada."
Post ilmu yang baik, tak harap apa-apa balasan, tak harap di Likes. Ikhlas.

Update Status. "Jom solat". Ha... Cepat-cepat Likes sejuta.. Hee aku glemer macam artis.
Jenis nak di Likes, nak glamour, nak publisiti.

"Aku dah kata pendapat ko ni. salah dalilnya.. bla.. bla.. Ulama kesukaan aku kata.. bla.. bla.."
Jenis paksa orang terima fikrah dia. Pendapat dia je yang betul. Pendapat orang lain salah.

"Wei.. tak payah pakai tudung la. Wei kalau nak mengumpat.. cam harem.. *&#<*@#. Cakap Islam konon.."
Jenis caci maki, sinis, hentam, kutuk keji, melabel, aib dan jatuhkan maruah orang.

"Imej itu penting. Kena jaga imej kat FB. Baru ramai friends. Baru ramai terpikat. Update2 Islamik sikit."
Jenis alim kucing di FB. Di realiti tak macam tu pun. Tak cuba berubah.

Hari-hari kita ngadap FB. Hari-hari kita update status dan komen kat FB. Tepuk dada tanya selera. Kalau nak menegur biar berlapis dan beralas. Jangan bagi dakwah dan tazkirah sentap. Sedangkan kita ini manusia biasa. Makin ramai ustazah dan ustaz kat FB ni. Nak-nak yang bagi pandangan Islamik biarlah sesuai dan jangan sampai malukan kawan FB kita. Hati-hati bila berkata. Jangan sampai kawan FB lari sebab dah meluat tengok status dan komen kita kat FB. Sedangkan kawan FB kita tu tahu dan kenal kita secara fizikal, tidak seindah yang dikhabar.

[Sumber Gambar]

** realiti ber FB... sekadar renungan....

8 comments:

  1. Tue la kak, kalu nak menegur terutama pada seseorang, lebih baik tegur secara personal dan bukan secara terang-terangan dalam fb, sebab ianya melibatkan aib seseorang.. Nak menegur pun kena berlapik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh sebarangan... kena berkias kalau nak tegur depan-depan..

      Delete
  2. assalamualaikum mia...suka dgn perkongsian ini...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete