Karnival Muafakat Tani Dun Johor Lama (Kota Tinggi) 2017


Karnival Muafakat Tani Dun Johor Lama (Kota Tinggi) 2017 akan diadakan pada 4 Ogos hingga 6 Ogos 2017 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), bermula pada 10.00 pagi hingga 10.00 Malam di Laman Tun Sri Lanang Kota Tinggi, Johor.





KMT Dun Johor Lama (Kota Tinggi) 2017 kali ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya AKTIVITI BERKAYAK, PERTANDINGAN KARAOKE, PAMERAN JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN, CABUTAN BERTUAH, FOODTRUCK, GERAI JUALAN USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI, PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK, DEMONSTRASI MASAKAN dan PELBAGAI LAGI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA SEMUA.

KMT Dun Johor Lama (Kota Tinggi) 2017 juga menampilkan barisan artis-artis popular yang bakal menggegarkan Laman Tun Sri Lanang. Antaranya ADIK ISKANDAR (Juara Bintang Kecil RTM Zon Kl/Selangor), UCHOP (Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa), LINA (Kilauan Emas 5), ZUL HANDY BLACK, DA’I AZAM ALKANKARI dan juga ARTIS REMAJA POPULAR IRFAN HARIS. Anda juga berpeluang untuk sesi “MEET AND GREAT” bersama mereka!

Majlis Perasmian Karnival Muafakat Tani Dun Johor Lama (Kota Tinggi) 2017 akan di rasmikan oleh YB Puan Hajah Asiah Binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Johor Lama pada 5 Ogos 2017 (Sabtu) 10.00 pagi di Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi. Semua dijemput hadir.

Ayuh semua warga KOTA TINGGI jangan lepaskan peluang ini untuk kita sama-sama memeriahkan KMT Dun Johor Lama 2017!

Jangan lupa kita sama-sama #hashtag 
#KarnivalMuafakatTani2017 
#KarnivalMuafakatTaniDunJohorLama
#KMTDunJohorLamaKotaTinggi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia penganjuran Karnival Muafakat Tani 2017 ditalian 07-5207810 (JBiotech) / 07-8801787 (JPMM Dun Johor Lama).

** hebahan blog ini...

Post a Comment

6 Comments