image Serius Berblog - Mia Liana

Thursday, August 3, 2017

# Blog Matters # Tips

Serius Berblog


Ada juga blogger yang tidak serius berblog dan juga yang serius berblog. Banyak yang kita boleh bezakan dari sudut template blog, kekerapan update blog, blogwalking dan gaya penulisan berblog.

Sesiapa saja boleh jadi blogger. Asalkan ada blog dan blog berupdate. Tetapi tidak semua blogger yang serius berblog. Maksud Mia di sini, kebolehupayaan blogger itu untuk berkecimpung dalam dunia blog yang lebih serius.

Ada juga blogger yang hanya update blog dan blogwalking tetapi tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti event, tidak pernah tonjolkan identiti atau gambar sendiri di blog, tidak pernah kisah jika blognya bersarang. Tidak mengapa. Mungkin berblog hanya sekadar suka-suka dan untuk mengisi masa lapang yang terluang.

Pada pendapat Mia blogger yang serius berblog ialah blogger yang ada wawasan (Mia ada cerita di SINI) untuk memajukan diri sendiri dan juga blog. Berani tampil ke hadapan dan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti event, sponsorship, collaboration dan review. Di samping mengekalkan momentum berblog seperti update blog, blogwalking, join segmen/giveaway untuk support rakan blogger, bantu blogger lain yang memerlukan, maintain trafik pengunjung ke blog dan lain-lain. Berterusan belajar tentang blog untuk lebih mantap lagi di kemudian hari.

Blogger yang serius akan sentiasa berubah untuk menjadi yang terbaik walaupun hanya dengan blog. Kerana kita ini adalah golongan yang sentiasa di pandang masyarakat. Kena pandai jaga reputasi dan pengaruh kita di mata masyarakat luar. Yang paling penting sekali, dalam mengejar keseronokan berblog perlu berhati-hati dengan setiap penulisan kita kerana kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang kita tulis. Tulislah entri-entri yang selamat dan kalau ada sumber, perlu dinyatakan dengan jelas.

Siapa kata dunia blog ini.. senang dan mudah.. macam makan kacang. Tetapi tanggungjawab memberikan informasi pada pengunjung bloglah yang paling besar dan juga akan bagi impak yang besar jika tersalah langkah.

Kepada mereka yang serius di dunia blog ini, Mia ucapkan tahniah dan moga anda berjaya di dunia blog yang serba mencabar dan canggih ini... Chaiyukkkk...


** ciri-ciri blogger serius di kaca mata Mia...


30 comments:

  1. betul sesiapa sahaja boleh menjadi blogger tetapi ada ketegorinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp betul tu... terpulang pada masing-masing...

      Delete
  2. X de event utk blogger di Kelantan ni. Kalu dok meme abam kie gi join gak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe abe kie... nanti akan ada lah tu... sama juga macam mia kat JB ni. baru sekarang ni ada event..

      Delete
  3. nak jugak serious in blog...cuma tak berkesempatan nk networking dari luar alam maya ni

    ReplyDelete
  4. SA dulu lebih kepada suka- suka berblog..lepas dapat jemputan food review SA jadi seronok..sejak tu terbuka hati utk lebih serius dan dah banyak dapat benefit dari blogging...

    ReplyDelete
  5. saya gemar berkunjung ke blog yang rajin update..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. Betul kak Mia...bukan mudah nak mempertahankan impak blog yang dibina..nak buka blog mudah...nak menghidupkan blog itu yang susah kak..setuju,,blogger itu sendiri bertanggungjawab atas apa yang dikongsi dan ditulis..itu yang mesti berhati-hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PC.. hanya yang dah bergelar blogger je yang tahu camne rasanya nak hidupkan blog supaya bernyawa...

      Delete
  7. Ai dulu suka-suka je. Lama-lama macam dah jadi hobi and makin serius. Blogwalking, komen artikel tu dah macam habit. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... ramai yang bermula dari hobi then baru serius.. tq ai..

      Delete
  8. betul tu mia. apapun terserah kepada individu tue sendiri.

    ReplyDelete
  9. Pakcik berblog untuk suka2 aje.
    Kalau ada bahan, ada masa pakcik buat entri dan blogwalking.
    Kalau tengah banyak keje, bersawang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. faham keadaan pakcik.. thanks ya...

      Delete
  10. alamak CT masuk kategori mana ni macam suam suam kuku ja.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. CT boleh pilih sendiri nak masuk mana..

      Delete
  11. Tumpang baca. Mama pun tak tau nak serous me tak tp buat masa ni Ada semangat nak serious

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. satu permulaan yang baik tu. teruskan ya mamapp...

      Delete