Southern Babywearing Festival (SBF) 2017


Perkongsian di blog ini sebagai hebahan. Bersempena dengan International Babywearing Week 2017, Selat Tebrau Babywearers akan menganjurkan babywearing awareness event melalui Southern Babywearing Festival 2017.  Tahun ini SBF 2017 akan diadakan di Mydin Pelangi Indah Mall, Johor. 



Tarikh : 7 Oktober 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Hadapan pentas Mydin Pelangi Indah


Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang SBF 2017 ini. Antaranya :

1) Kids Colouring Contest
  • Terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
  • Penyertaa adalah percuma tetapi peralatan mewarna wajib dibawa.
  • Penganjur tidak menyediakan peralatan mewarna.
  • Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori.
    • Kategori A : 4-6 tahun
    • Kategori B : 7-9 tahun
    • Kategori C : 10- 12 tahun
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti mewarna dan menyempurnakan warnaan pada masa ditetapkan.
  • Seramai 10 orang pemenang bagi setiap kategori.
  • Pendaftaran pertandingan bermula jam 9.30 pagi.
  • Pertandingan bermula jam 10 pagi.

2) Bukan Sekadar Gendong Forum



Forum mengenai kesedaran mengendong bayi. Antara ahli panel forum adalah En. Nizamuddin Md Akhsan, Puan Chua Li Fang dan juga Dr Nornazira Suhairon.


3) Babywearer Comel
  • Terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun.
  • Penyertaan adalah percuma tetapi carrier/alat penggendong perlu disediakan oleh ibu bapa.
  • Penganjur tidak menyediakan carrier/alat penggendong.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan keyakinan dan pandai menggayakan carrier/alat penggendong 
  • Seramai 10 orang pemenang bagi setiap kategori.
  • Pendaftaran pertandingan bermula jam 4.30 petang
  • Pertandingan bermula jam 5.00 petang.

4) Trivia Hunt
  • Terbuka kepada semua ibu atau bapa.
  • Penyertaan adalah percuma.
  • Penyertaan terbuka kepada 20 orang pertama yang mendaftar.
  • Peserta perlu menjawap soalan berpandukan soalan yang akan diberikan oleh penganjur.
  • Seramai 10 orang peserta pertama yang berjaya menjawap soalan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
  • Pendaftaran pertandingan bermula jam 1.30 tengah hari.
  • Pertandingan bermula jam 2.00 petang.

5) Lucky Draw
  • Sepanjang event Southern Babywearing Festival 2017 ini juga, terdapat jualan dari pelbagai jenis booth.
  • Belian terkumpul sebanyak RM50.00, anda layak memenangi cabutan bertuah.
  • Hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook rasmi Selat Tebrau Babywearer :


** jom datang dan sertai beramai-ramai...


Post a Comment

0 Comments