image Tidak Semua Blogger Pandai Menulis - Mia Liana

Saturday, October 14, 2017

# Blog Matters # Tips

Tidak Semua Blogger Pandai Menulis



Mia terpanggil untuk luahkan pandangan Mia tentang topik "Tidak Semua Blogger Pandai Menulis". Ya... Mia akui pandai menulis bukan syarat wajib untuk seseorang jadi blogger. Persepsi orang luar kadang tersilap dan berbeza. Tidak semestinya orang yang tahu menulis akan berblog. Jangan sangka ianya seperti itu.

Seeloknya seperti biasa. Seadanya. Mia akui masa mula berblog dahulu, Mia memang tidak pandai menulis apatah lagi ingin mengarang entri blog yang panjang perkataannya melebihi 300 patah perkataan. Rasa gerun. Ironinya, mengarang di blog bukan seperti mengarang masa sekolah dahulu.

Berdasarkan pengalaman Mia, blog ini lebih kepada ulasan, pendapat tentang sesuatu atau perkongsian pengalaman penulis serta informasi yang ingin disajikan kepada pengunjung. Macam-macam boleh diceritakan di dalam blog mengikut kesesuaian niche blog masing-masing tanpa meniru identiti blogger lain. 

Tidak dinafikan, dunia blog tersangat meluas merentasi sempadan dengan capaian akses 24 jam ke blog. Bayangkan bila ianya boleh diakses pada bila-bila masa, blog kita pasti akan ada pengunjung dari enjin carian, sosial media atau pun dari sumber lain.

Berbalik pada kisah menulis. Tidak semestinya satu entri perlu dikarang panjang. Memang bagus bila berbuat demikian, tetapi tidak semua blogger ada kemahiran menulis yang seperti ini. Buat permulaan sebagai blogger newbie, bolehlah buat entri pendek. Lama-lama nanti bila dah selalu membaca dan selalu menulis dengan sendirinya akan pandai menulis dengan lajunya dari idea yang mencurah-curah.

Di sini Mia nak bagi contoh entri terpendek Mia yang paling banyak pageviews, berada di rank ke 3 entri paling popular sepanjang berblog ialah Makan Buah Naga di SINI. Perkongsian ala-ala santai saja. Jauh di sudut hati ini Mia pun tidak sangka ianya jadi popular dan mendapat trafik pengunjung dari enjin carian.

Jadi usah ragu dan bimbang kalau kita ini tidak pandai menulis. Ni Mia nak tanya... hari-hari kita ada bercakap kan? Cuba bayangkan apabila kita menulis entri blog itu ibarat kita sedang bercakap dengan pengunjung di depan mata. Kita luahkan idea kita di dalam bentuk karangan untuk tatapan pengunjung blog kita. Walaupun ianya simple tetapi kadang impaknya besar dan memberi makna ke pada pengunjung yang baca.

Nasihat Mia kepada blogger newbie, jangan pandang rendah pada kemampuan diri sendiri. Mulakan dengan yang sedikit dahulu nanti lama-lama bila dah terbiasa, akan menjadi seronok dan pastinya akan menikmati kepuasan berblog yang sebenar.

Supaya pengunjung tidak bosan dengan blog kita, boleh juga diselang-selikan kategori entri yang tulis dengan entri panjang dan pendek. Perlu diingat setiap blog ada kekuatannnya dan followernya tersendiri.

Kesimpulannya, jangan berhenti menulis blog sebab blog ini tidak akan ada tarikh luputnya selagi kita menulis...


** lepas rindu nak berceloteh panjang kali ini...... dengan jumlah 407 patah perkataan... yeahhhh...



18 comments:

  1. sha masa mula mula berblogging dulu memang satu perenggan je karang tak mampu dah haha skrg boleh lah 300patah perkataan tu

    ReplyDelete
  2. tahniah mia utk entry panjang 407 patah perkataan :D

    ReplyDelete
  3. wahh baca sini terus bersemangat lagi..yups menulis dengan gaya bersantai dan bersahaja tanpa risau cikgu BM nak check hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu BM check masa kat zaman sekolah je... setiap blogger ada identiti menulisnya tersendiri...

      Delete
  4. yup btoi xsmua bleh tulis...ada yg saja2..syok2..nak jana duit...mcm2 lgi .

    ReplyDelete
  5. Betul betul betul. Lontarkan sahaja apa yg ada di fikiran. hehe

    ReplyDelete
  6. benar! tidak semua yang pandai menulis tapi kalau dah selalu menulis, lama-kelamaan akan belajar dengan sendiri. menambah baik mana yang kurang sendiri

    ReplyDelete
  7. masih banyak perlu belajar cara penulisan sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  8. Entri yang ringkas..atau padat (panjang)..yang penting dari hati dan lakukan dengan gembira.

    ReplyDelete
  9. betul.. ayu dulu malu nak menulis... takut takde sape nak baca... lama2 alhamdulilah...
    ayu nak jemput kak mia join segmen ayu... lama sgt dh tak buat segmen.. sudi2kan ye..

    http://www.ayuinsyirah.my/2017/10/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html

    ReplyDelete
  10. betul tuh kak mia. masa mula mula menulis memang lah kekok, tp bila lama lama tulis, mahir lah nanti

    ReplyDelete
  11. setuju. entri yang ringkas juga dapat tarik pembaca untuk membaca

    ReplyDelete
  12. dulu, kite ingat, blogger ni perlu tahu menulis, tapi bila tengok mcm2 blog, mcm2 kaedah penulisan, yang ringkas, yang biasa, yang padat, ayat tunggang terbalik pun ada. Walau apa pun, pendapat saya, w.pun menulis secara simple, rasanya, gaya penulisan yang baik perlu diterapkan kerana blogger sangat mempengaruhi orang ramai, termasuk cara penulisan (pendapat. Salam bahasa jiwa bangsa ;-))

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mia...betul apa yg mia katakan tu...semoga akan terus berjaya dlm bidang blogger ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  14. Betul tu, mula2 meamng buat entry pendek2 je. Lama2, insyaAllah jadi panjang.

    ReplyDelete