image Hiasan Rumah | Ruang Tamu Idamanku - Mia Liana

Monday, November 13, 2017

# Advertorial # From Me

Hiasan Rumah | Ruang Tamu Idamanku

Hiasan Rumah | Ruang Tamu Idamanku

Semua orang ada impian masing-masing untuk mempunyai rumah sendiri dan menghias dalaman rumah agar ceria dan selesa. Kerana rumah adalah syurga kita, tempat tinggal kita yang perlu dititikberatkan dari pelbagai aspek. Apa yang Mia nak highlight di sini ialah hiasan rumah untuk sudut ruang tamu.

Bagi Mia, ruang tamu adalah ruang yang sangat penting dalam sesebuah rumah kerana di situlah tempat kita untuk berehat dan menonton televisyen. Pemilihan perabot dan hiasan dalaman perlu bersesuaian agar tidak nampak semak dan selerak. Pemilihan tema warna juga memainkan peranan dalam menaikkan seri dan aura rumah.


Alangkah bestnya dapat memiliki apa yang kita idamkan. Hidup seadanya dan lengkap segalanya. Kalau bab berangan ni, memang best. Mana tahu satu masa ianya nanti akan menjadi realiti. Walaupun rumah kecil, masih juga boleh nampak luas dan selesa jika hiasan dalaman yang dipilih tepat dan sesuai.



Pemilihan sofa untuk ruang tamu. Mia lebih suka kepada sofa berbentuk L dan diletakkan di sudut tepi ruang tamu. Warna hitam untuk nampak lebih eksklusif dan elegan. Bak kata orang, hitam itu menawan dan manis dipandang. Sofa yang jenis empuk seperti ini, kalau duduk pun rasa selesa sehingga boleh tertidur di depan tv. Duduk lama pun tak penat. Memang betul-betul boleh istirehat ni. Tak dapat bayangkan, kalau penat bekerja seharian, balik rumah saja… dapat rehat di sofa ini tentu akan rasa relax.




Dalam banyak-banyak jenis langsir. Mia lebih suka langsir yang simple, satu warna dan tiada corak. Sebab ianya boleh dipadankan dengan semua pelbagai warna dan jenis perabot. Warna pink yang dipilih akan membangkitkan penegasan dan menyerikan lagi ruang tamu idaman.




Hmmmm… sekarang ini kan musim atau trend pakai carpet 3D. Pilihan corak bunga besar berwarna pink sangat menarik dan sejuk mata memandang. Mia memang suka sangat bunga ros, nak-nak yang warna pink. Nak buat macam mana, dah warna pink ini warna kegemaran Mia. Kalau boleh, semuanya nak warna pink. Tapi nanti nampak kelakarlah pula. Makanya, carpet 3D design bunga ros ini yang berlatarbelakangkan warna cerah jadi pilihan.



Memandangkan anak Mia, Sofea peminat tegar kucing. Jadinya untuk hiasan dinding ruang tamu pula, Mia nak tampal 3D cat stickers yang unik ini. Akan nampak lebih menyerlah dengan dinding yang berwarna putih. Seolah-olah seperti ada kucing hidup di sebalik dinding ini. Pastinya Sofea akan suka dan akan sentiasa berehat di ruang tamu ini. Meow.. meow… meow…. Ceria suasananya.


Di ruang tamu kenalah ada jam dinding supaya senang nak tengok waktu pukul berapa. Untuk nampak design ala-ala hipster dan moden, Mia pilih vintage wall clock yang unik ini. Suka yang nampak macam klasik ni… Tik.. tok.. tik.. tok…



Secara keseluruhannya.. betul tak apa yang Mia katakan ini? Best kan kalau tiba bab berangan untuk rumah idaman terutamanya hiasan rumah sudut ruang tamu. Kata orang putih, home decor. Macam-macam boleh kita hias dan letak perabot. Yang penting Nampak selesa dan luas. Tak perlu banyak sangat sampai sempit ruang tamu kita nanti. Kena juga ambilberat kalau-kalau akan menerima bilangan tetamu yang ramai dalam satu masa. Contohnya di musim hari perayaan. Apa-apa pun pilihan ada di tangan kita sendiri. Kita yang mencorakkannya kita sendiri. Asalkan dalam perancangan dan bajet yang mampu. Pastinya semua akan jadi realiti satu masa nanti.


** suka yang selesa dan ceria…. home sweet home…


8 comments:

  1. Bila ada rumah sendiri macam-macam idea akan kelyar dan boleh digabungkan...pilihan perabot..kombinasi warna..hiasan..seronok..

    ReplyDelete
  2. Semoga terlaksana impian kak Mia. Saya pun suka jam unik macam tu

    ReplyDelete
  3. tak banyak perabot,..nampak kemas dan selesa kan kak

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia....betul tu ikut keselesaan kita sendiri...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. kite selalu kumpul2 @ save gmbr dr internet bab deko2 ni..supaya jd sumber inspirasi nak mendeko satu hari nnt..hehee

    ReplyDelete
  6. dah lama tak menghias rumah... kalut dengan kerja dan aturan anak2... huhuhu

    ReplyDelete
  7. Saya suka deko yang minimalist. Jimat kos dan kemas mata memandang.

    ReplyDelete