image Tasneem Naturel Baby Balm | Sesuai Untuk Bayi Hingga Dewasa - Mia Liana

Wednesday, 20 December 2017

# Advertorial # Health

Tasneem Naturel Baby Balm | Sesuai Untuk Bayi Hingga Dewasa



Tasneem Naturel Baby Balm | Sesuai Untuk Bayi Hingga Dewasa


Tasneem Naturel Baby Balm sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hinggalah dewasa. Produk ini merangkumi 4 jenis fungsi yang berbeza bagi menepati keperluan penggunanya. Baby Balm ini terdiri dari Tummy Time, Calm Time, Sleep Time dan CoughFlu Rub. Ianya merawat secara tradisional dan sangat selamat digunakan kerana berasaskan dari bahan semulajadi serta 100% dari pati minyak yang asli (essential oil). Untuk kegunaan luar tanpa ada kesan sampingan jika menggunakannya.



Tummy Time | Ease Tummy Discomfort
Mengandungi Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavender

Bagi Mia, Tummy Time sangat penting dan wajib ada di setiap rumah. Bayi dan anak kecil mudah mengalami kembung perut di waktu malam. Orang dewasa juga boleh guna Tummy Time terutama bagi mereka yang kerap masuk angin perutnya. Tummy Time bertindak merawat dari luar untuk perut kembung atau sebu, melegakan perut dengan membuang angin dari perut. Bila dah guna akan rasa kesan positif dari produk ini dan mula berterusan menggunakannya jika menghadapi masalah yang sama.

Cara nak gunanya mudah saja. Hanya perlu sapukan pada perut dan tapak kaki.


Calm Time | Promote Whole Body Relaxation
Mengandungi Carrier oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsence, Bergamot, Roman Chamomile

Mia guna Calm Time ni, selepas pulang dari kerja. Masa itu memang rasa letih dengan emosi yang agak stres. Calm Time berupaya mengurangkan keletihan dan tekanan yang dihadapi. Mia rasa tenang dan selesa. Rasa tenteram dan nyaman. Emosi pun berubah jadi stabil. Kalau rasa macam nak marah, boleh terus hilang. Apatah lagi jika ada anak kecil yang kuat meragam, pastinya dapat membantu memberikan ketenangan dan pulihkan emosi dengan cepat. Bila anak rasa selesa, memang susah nak meragam.

Cara nak gunanya hanya perlu sapu di bahagian tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.




Sleep Time | Support Restful Sleep
Mengandungi Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, lavender, Vetiver, Chamomile, Orange Marjoram, Bergamot, Ylang-Ylang

Dalam banyak-banyak produk… Mia paling jatuh cinta dengan Sleep Time ini. Memang sangat berkesan pada Mia dan Sofea. Kadang bila terlalu penat sangat atau terlalu banyak memikir memang susah nak tidur. Kadang di tengah malam boleh terjaga beberapa kali kerana tidur yang tidak lena. Bagi Mia, Sleep Time sangat-sangat membantu Mia supaya Mia mendapat tidur yang berkualiti dan apabila bangun pada sebelah paginya, badan terasa begitu segar. Sangat rugi kalau tak cuba produk ini. Sesuai untuk mereka yang susah nak tidur, insomnia dan mudah terjaga di waktu tengah malam. Jawapannya ada pada Sleep Time.


Cara nak gunanya hanya perlu sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.



CoughFlu Rub | Soothe Cough And Flu
Mengandungi Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalytus, Lavender, Cypress, Tea Trea, Frankinsence

Balm jenis ini amat sesuai untuk anak atau orang dewasa yang mudah mengalami selsema, batuk dan demam. Ianya bertindak mengurangkan selsema jika disapu di hidung dan boleh cairkan kahak jika disapu di bahagian tekak dan leher. Bila batuk atau selsema, memang rasa sangat tak selesa, jadi jika menggunakan CoughFlu Rub ia akan dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan tersebut di samping merawat agar ianya tidak berlarutan. Kalau demam pun boleh juga guna, kerana ianya mampu mengurangkan panas suhu badan. Disarankan balm jenis ini agar digunakan oleh penghidap asthma.

Cara nak gunya hanya perlu sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada.





Setelah mengetahui kesemua jenis produk Tasneem Naturel Baby Balm ini, sebenarnya ia sangat melengkapi keperluan hidup kita dan digalakkan agar setiap rumah ada set ini. Satu set berharga RM196.00 tetapi sekarang ada promosi harga yang lebih berpatutan dan mampu milik dengan satu set berharga hanya RM157.00. Jika anda ingin membeli balm yang berasingan, setiap satu balm berharga RM49.00.



Promo Tasneem Naturel Baby Balm


Si kecil suka menjerit, memukul-mukul, melempar barang? 
Selesaikan tantrum secepat mungkin dengan Tasneem Naturel Baby Balm – Calm Time



Tidur anak anda sering terganggu? 
Sapukan Tasneem Naturel Baby Balm – Sleep Time untuk keselesaan anak anda.


Anak anda batuk tidak berhenti? 
Usah bimbang… amat berkesan dengan Tasneem Naturel Baby Balm – CoughFlu Time


Atasi masalah anak mengalami perut kembung dengan 
Tasneem Naturel Baby Balm – Tummy Time



Testimoni Tasneem Naturel Baby Balm

Betapa ramai pengguna telah menggunakan produk Tasneem Baby Balm ini. Ternyata rata-rata ianya memberikan kesan yang positif dan meyakinkan. Jemput baca testimoni yang menarik ini…


Testimoni Tasneem Naturel Baby Balm Sleep Time banyak membantu mereka yang mempunyai masalah untuk tidur supaya dapat tidur lena semalaman.



Testimoni Tasneem Naturel Baby Balm Sleep Time bantu untuk kekal tidur tanpa terjaga di tengah malam walaupun ada bunyi bising.



Testimoni Tasneem Naturel Baby Balm Calm Time menenangkan anak tanpa mudah meragam di kala dalam perjalanan jauh.



Testimoni Tasneem Naturel Baby Balm Calm Time yang dapat mengurangkan tantrum anak dan bantu melegakan.



Kepada yang berminat nak mencuba dan guna produk ini, sila hubungi..



Tasneem Naturel Network
15-1, Jalan Putra Kajang
Taman Putra Kajang
43000 Kajang, Selangor

Hotline: 011-20964665 (Order)
010-8453469 (Daftar Agen & Stokis)

Facebook : Tasneem Naturel Hq


** percayalah… bila dah cuba guna… pasti jatuh cinta….

10 comments: