Alhamdulillah... Mia telah selesai blogwalking ke semua blog peserta Segmen Nak URL Blog #28 di SINI. Rasa seronoknya dapat blogwalking dan tinggalkan jejak kat blog mereka. Yang lain-lain pun boleh gunakan senarai url blog itu untuk blogwalking. Jalinkan ukhwah sesama kita.
Dan tibalah masanya untuk Mia umumkan 2 orang pemenang yang bakal menghiasi bloglist Mia sehinga ke siri segmen ini yang seterusnya.... jeng.. jeng.. jeng..
Mia gunakan Random Integer Set Generator dan pemenangnya ialah :
Ni kisah tengahari semalam. Wah... wah.. wah.... sakan eh jumpa kat McDonalds Plaza Angsana. Nampak tak betapa cerianya kami.. antara JDT Blogger yang dapat gathering sekejap sambil berbincang tentang projek charity pertama yang akan dibuat tak lama lagi.
Mia kagum sangat dengan usaha mereka ini mengumpulkan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan.
Jom kita berkenalan.... Yang depan sekali tentulah Mia... tuan punya blog ni....
Yang terakhir sekali.. nasib sempat masuk dalam gambar... sebab dia ni yang paling last sampai dan kebetulan Mia tengah nak snap gambar, Uyul tuan punya blog http://www.uyulrosli.com
Fiuhhhh... panjang jela nak kenalkan kat entri ni. Kenal tak dengan mereka-mereka ni? Dah pernah jumpa ke belum?
Pot.. pet.. punya pot.. pet.. punya pot.. pet... uiii.. macam tak cukup je masa rehat tengahari Mia. Seronok tau dapat jumpa dengan diorang ni. Rasa macam dunia ni kita yang punya.
Doakan agar projek charity pertama JDT Blogger berjaya dilaksanakan dan dipermudahkan segala urusan... amin...
Wah... dengar nama saja dah gerun terasa di hati ini. Festival Layang-Layang Sedunia World Kite Festival Pasir Gudang 2017. Kali pertama Sofea jejakkan kaki ke Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. Sukanya Sofea.
Acara gilang gemilang ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Tahun ini bertemakan Pengkongsian Bersama Komuniti / Sharing With Community dan berlangsung dari 22 hingga 26 Februari 2017.
Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia dan disenaraikan dalam kalendar pelancongan Negeri Johor 2017.
Ramai sangat pengunjung yang datang. Ini adalah kali ke 22 acara festival sedunia ini dianjurkan. Meriah sangat.
Azam Mia tahun ini... nak exercise kat gym dengan Sofea. Alhamdulillah dah mula sejak pertengahan bulan Februari ini dan konsisten sehingga sekarang. Target seminggu 2 atau 3 kali pergi gym. Kalau terajin sampai 4 kali seminggu. Ikut suka. Bila free dan ada masa terluang. Boleh lah kan... janji kita keluar peluh dan badan terasa ringan. Kesihatan juga penting.
Sofea pun join sama. Nak exercise juga. Suka tengok gelagat dia yang mencuit hati. Sayang sangat kat dia. Kata dia... nak membesar dengan sihat dan cergas... yeahhh...
Mia nak kongsi usrah ini kepada pengunjung blog ini. Manalah tahu ada yang belum baca lagi. Sumbernya dari rakan facebook berkaitan kisah suami isteri dan kaitannya dengan rezeki. Moga kita saling ingat-mengingati sesama kita. Jemput baca...
"Apa kaitan isteri dengan rezeki suami?"
Seorang suami berjumpa saya mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer.. kenapa ya ustaz?
Ustaz : Abang ada ibubapa ke?
Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.
Ustaz : Abang ada isteri tak?
Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...
Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..
(pengadu diam termenung.)
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?
Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?
Sangkaan dan isi hati mereka merupakan doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..berpisah dengan semuanya demi menjadi pasangan hidup kita.
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
(Tak lama dia datang jumpa saya.)
Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..
Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta..
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?
Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.
Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. Terlupa isteri atau suami bukan milik kita. Tapi amanah Allah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.
- Ustaz Ebit Lew
** suami adalah segalanya dalam rumahtangga tapi jangan lupa, isteri pun mainkan peranan yang penting. Sayangi dan hargailah isteri anda...
Berakhirlah sudah Segmen Nak URL Blog #28 di blog ini yang telah berlangsung selama 5 hari dari 18 hingga 22 Februari 2017. Pencarian dibuat di entri SINI. Alhamdulillah.... Mia dapat kumpulkan sebanyak 51 url blog dalam siri segmen ini. Ribuan terima kasih diucapkan buat semua yang sudi tinggal link blog anda untuk segmen simple ini.
Seperti biasa selepas Mia selesai blogwalking ke semua blog, Mia akan pilih 2 blog untuk jadi penghias bloglist Mia sehingga ke segmen ini seterusnya. Pemilihan dibuat melalui random.org.. Hmmm... dapat juga Mia kenal-kenal dengan blogger yang aktif awal tahun ini.
Kisah tengahari tadi. Dah lama tak outing dengan Shila. Sesekali waktu lunch kat McD pun best juga. Nak-nak boleh cuci mata kat Plaza Angsana. Shila makan ayam. Mia menu favourite Double Cheese Burger. Bahaya makan selalu. Boleh gemuk nanti... huhuhu.. Aiskrim laicinya sedap...
Comel tak sweetie pinky carrom striker Mia ni? Al-kisahnya Mia baru beli pada bulan Januari 2017 yang lepas sebagai persediaan untuk Sukan MOA 2017 di awal bulan Februari kat Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
Sukan MOA atau Sukan Tani berlangsung setiap 2 tahun. Tahun 2015 kat Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan. Kisahnya di SINI dan SINI.
Masa itu Mia baru mula berjinak dengan indoor game.. carrom. Kebetulan ada kosong dan Mia terus join wakil ofis Mia. Striker dulu ada di SINI. Dapat ramai kenalan dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Malaysia. Nak buat macamana, Mia ni terlebih peramah. Jadinya Mia dah berazam kalau dapat join sukan tahun 2017, Mia memang nak beli striker baru yang lebih professional dan boleh guna sampai pencen... hihihi..
Itulah serba sedikit sejarah Mia di dunia karom. Selepas striker ni sampai di ofis, Mia mula berlatih dengan rakan satu ofis. Bulan Januari lepas memang sangat sibuk dengan komitmen kerja dan sukan serentak dengan Sofea naik sekolah lagi. Memang tak cukup tangan.
Suka sangat dengan striker ni lebih ringan dan mudah dijentik. Order online.. customade.. handmade.. Sangat susah nak masuk dalam lubang sebab dia leper. Syukur sangat impian 2 tahun lepas dah tercapai.
Nak sahut seruan kempen Pinggan Sihat Malaysia ni macam susah sedikit. Dah lama kempen ni tapi buat tak tahu je. Bila terasa nak diet semula. Barulah nak tengok balik.
Yang beratnya... sebab dah terbiasa makan nasi satu pinggan. Dah tu nak dikurangkan kepada suku pinggan pula.. Rasa macam tak cukup. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu dilebihkan. huhuhu...
Kata orang... nak seribu daya. Tak nak.. seribu dalih. Kena usaha juga bila usia semakin meningkat.. perlu berubah.
** jom kita amalkan pemakanan yang sihat......
Jemput join Segmen Nak URL Blog #28 Mialiana.com di SINI
Wahhhh... baru nak buat segmen ini untuk kali pertama pada tahun 2017 ini. Seperti biasa Mia nak kumpulkan url blog yang aktif bagi tujuan blogwalking untuk Mia dan rakan-rakan bloger sekalian. Tak perlu susah payah buat entri.
Kalau ada blogger baru tu, elok sangatlah join segmen ini untuk menambahkan lagi kenalan. Tak perlu malu untuk ketengahkan diri sendiri ya...
Jadi, tunggu apa lagi. Senang saja nak join. Hanya perlu tinggalkan url blog anda di ruang komen entri ini. Segmen ini bermula sekarang dan akan tamat pada jam 11.59 malam Rabu 22 Februari 2017 (5 hari sahaja).
Dikongsikan di sini sekadar renungan buat kita semua. Sumber dari whatsapp group mengaji Mia.
*Hidup ini terlalu singkat*
Hingga ALLAH swt kurniakan Lailatul Qadar untuk menambah umur amal.
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH suruh kita bersedekah sebab ia boleh menanjangkan umur kita dan pahalanya berkali lipat ganda
*Hidup ini terlalu singkat*
Baca lah surah al Mulk pada setiap malam sebelum tidur kerana surah ini akan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur
*Hidup ini terlalu singkat*
Sebarkan salam dan bagi makan dan Qiamullail di waktu semua orang tidur sudah pasti kita akan masuk syurga dengan selamat
*Hidup ini terlalu singkat*
Melangkahlah solat di masjid kerana setiap langkah akan dapat 10 kebajikan
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH bersumpah dengan masa.. semua manusia berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan mereka yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan puasa enam syawal seperti berpuasa setahun.
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan Surah Al Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Qur'an.
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan solat berjemaah 27x lebih daripada solat sendirian.
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih daripada solat di mata orang
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan satu huruf bacaan Al-Qur'an dengan 10 pahala.
*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan sesiapa yang beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanfaat, tinggalkan anak yang soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.
*Hidup ini terlalu singkat*
Janganlah kita hapuskan pahala kita dengan hasad dengki dan mengumpat orang lain*
*Hidup ini terlalu singkat*
Janganlah kita sia-siakannya kerana setiap amalan kita akan dihisab.
Mia ada cerita yang Mia ada bertugas masa MAHA 2016 kat SINI. Sempat juga Mia main game virtual kat Agro IT Booth. Mia ada main game bowling. Agak kekok sedikit nak main game virtual ni sebab tak ada pun bola bowling secara fizikal. Main dalam versi maya. Main agak-agak pegang bola. Guna sensor untuk detect pergerakan kita.
Jom tengok...
Nak serasikan tu ambil masa juga. Banyak kali terlepas pegang bola. Berpeluh juga main virtual bowling ni... hihihi..
Sesiapa yang datang Agro IT Booth masa MAHA 2016 tentu takkan lepaskan peluang untuk main virtual game ini. Ramai juga yang main. Ada banyak game. Yang best sekali menari ikut step yang ditunjukkan. Sweet sangat...
Pengunjung booth ni... dapat gift seperti usb cable, monopod, car handphone holder dan lain-lain lagi.
** rasanya lebih seronok main bowling secara fizikal...
Baru sempat nak cerita kat blog. Bulan Disember tahun lepas, Mia telah bertugas di Agro IT Booth masa MAHA 2016. Nama glamour booth ni, Agro IT Cluster. Lokasinya di Hall A, Maeps Serdang.
MAHA adalah singkatan bagi Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism. Event besar ini telah diadakan pada 1 hingga 11 Disember 2016 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dengan temanya "Our Food Our Future".
Mia ada update entri 11 perkara menarik tentang MAHA 2016 di SINI.
Bila dah bertugas kat sana... memang tak dan lah nak melawat semua tempat kat MAHA 2016 ni...
Maafkan Mia andai entri ini lambat loadingnya... huhuhu... Mia tempek banyak gambar ni. Sebenarnya ada banyak lagi gambar. Bayangkan betapa ramainya pengunjung yang datang. Tak terlayan kita yang jaga booth ni....