image 2018 - Mia Liana

Monday, 20 August 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

8/20/2018 10:34:00 am 3 Comments

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.



Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.






Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.


Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com


** hebahan blog...


Saturday, 18 August 2018

Friday, 17 August 2018

Thursday, 16 August 2018

Pinjam Buku Cerita Dari Perpustakaan Sekolah

8/16/2018 01:05:00 pm 5 Comments

Malam tadi sebelum tidur, Sofea keluarkan buku cerita. Katanya, dia pinjam kat perpustakaan sekolah. Ada banyak buku. Jadi dia pinjam buku ni dulu. Tajuknya Kisah Anjing dengan Serigala Dan Kisah Angsa, Katak dan Burung Layang-Layang.

Sofea pun baca pelan-pelan.





Mia pun dengar juga. Baca beberapa helai saja. Nanti sambung lagi esok-esoknya. Satu permulaan yang baik buat Sofea. Habiskan baca yang ini dulu. Lepas ini dah boleh pinjam buku cerita yang lain juga.


** pupuk minat membaca....


Wednesday, 15 August 2018

Tuesday, 14 August 2018

Monday, 13 August 2018

CoolBlog Favourite

8/13/2018 02:09:00 pm 10 Comments
Nampak tu.... CoolBlog favourite Mia dan Sofea. Sebulan ada la... sekali dua minum. Tak bubuh pearl. Hanya air minuman saja.


Sofea paling suka chocolate milk tea tambah susu. Rasa lagi sedap dan creamy sedikit.

Mia paling suka honey dew milk tea tambah susu. Lagi sedap kalau ada extra susu. 

Minum di kala waktu tengah panas memang awesome sangat.

** favourite drink... so lovely..

Sunday, 12 August 2018

Tempahan Jahit Yang Pertama Dah Siap

8/12/2018 12:17:00 pm 8 Comments

Tempohari Mia ada cerita kat SINI yang Mia ada ambil tempahan jahit yang pertama. Alhamdulillah... selesai juga Mia jahit hari Jumaat lepas.

Mia luangkan masa untuk menjahit hanya pada hujung minggu. Buat sedikit demi sedikit akhirnya siap juga.

Antara gambar yang Mia sempat snap masa sedang jahit....








Sampai saja pagi tadi Mia terus berikan pada tuannya. Macam tak percaya je yang Mia dah berani potong kain dan jahit untuk orang. 


** 100% sentuhan dari Mia...


Saturday, 11 August 2018

Health Benefits Of Red Cabbage

8/11/2018 11:45:00 pm 4 Comments


01. Low in calorie value

02. Rich source of vitamins and minerals

03. Filled with antioxidants

04. Great for eye and skin health

05. Boosts the immune system

06. Cleanses the digestive tract

07. Has anti-cancer properties

08. Prevents osteoporosis

09. Reduces the riskof Alzheimer's

10. Heals ulcers


** health info....


Ping Entri Blog Ke Facebook Personal Secara Manual

8/11/2018 11:17:00 am 5 Comments

Hmmmm... nampaknya sekarang ini... Mia terpaksa ping entri blog ke facebook personal secara manual selepas kisah di entri SINI.

Bila tengah ngadap blog... buka entri blog.. dan ping satu persatu.



Mujur ada social media sharing button kat bawah setiap entri blog. Kot-kot ada pengunjung blog yang nak share pun boleh....

** pentingnya autoping... memudahkan bagi blogger yang selalu buat entri autopost atau yang banyak entri setiap hari....


Friday, 10 August 2018

Health Benefits Of Black Pepper

8/10/2018 10:30:00 pm 3 Comments



01. Increase nutrient absorption

02. Improves digestion

03. Stimulates appetite

04. Facilitate weight loss

05. Relieve gas

06. Helps clear congestion

07. Combats arthritis

08. Fights cancer and prevents other disease

09. Works as a natural antidepressant

10. Treats teeth and gum problems



** health info...


Merdeka Run @ Iskandar Puteri 2018

8/10/2018 06:15:00 pm 3 Comments

MERDEKA RUN @ ISKANDAR PUTERI 2018
1 September 2018 | 6.00 Pagi | Edible Park, Medini 9, Bandar Medini Malaysia, Iskandar Puteri



Kategori :-
■  5 KM
■12 KM
■21 KM

HADIAH CABUTAN BERTUAH KESELURUHAN RM 10,000.00

HADIAH
-----------
21 KM
Pertama : RM 1,000
Kedua : RM 750.00
Ketiga : RM 500.00
Keempat : RM 250.00
Tempat Ke-5 Hingga 10 : RM 100.00

12 KM
Pertama : RM 500.00
Kedua : RM 350.00
Ketiga : RM 200.00
Keempat : RM100.00
Tempat ke-5 hingga 10 : RM50.00

Penyerahan "race kit"
30 & 31 Ogos 2018
12.00 Tengah Hari - 8.00 Malam 
Dewan Serbaguna MBIP, Skudai

Pendaftaran : http://bit.ly/mbiprun2018
Tarikh Tutup : 15 ogos 2018


** hebahan blog....

Thursday, 9 August 2018

Menu Alas Perut

8/09/2018 11:47:00 am 8 Comments
Hmmm... waktu-waktu macam ni... perut rasa lapar pula. Jadinya, Mia buat quaker oat semangkuk untuk alas perut. Belum restock nestum. Yang ada stok quaker oat.



Alhamdulillah... syukur. Dapatlah alas perut sedikit sementara menanti waktu tengahari. Padahal dah sarapan mee hoon goreng pagi tadi. Mungkin banyak memikir.. tu yang cepat lapar... hihihi...


** kisah di pejabat...

Homework Poster Alam Semulajadi

8/09/2018 06:01:00 am 6 Comments

Malam tadi sebelum tidur, Sofea tunjuk kat Mia lukisan poster alam semulajadi yang dia lukis mengikut daya imaginasi sendiri.

Katanya cikgu suruh lukis ada rumah.. ada orang... ada pokok.. ada matahari... ada awan... ada haiwan... ada gunung...

Dan inilah hasilnya....


Sampai juga mesej alam semulajadinya. Lukis saja. Tak perlu warna. Siap....

Good job Sofea... Tersentuh hati Mia, Sofea boleh lukis macam ni.... syukur ada bakat.


** makin besar makin elok lukisannya....


Wednesday, 8 August 2018

Tuesday, 7 August 2018

Happy 9th Birthday Sofea

8/07/2018 04:16:00 pm 13 Comments

Hari ini adalah hari lahir si comel Sofea. Genaplah usia dia 9 tahun. Membesar dengan sihat, kuat dan cerdas. Doakan yang baik-baik untuk Sofea.



Sebelum tengah malam tadi... ada makan kek Secret Recipe dengan Sofea.




Dan hadiah tahun ini sangat bermakna. Dah lama Sofea request nak cincin emas. Makanya taraaaaaaaa...


Sebentuk cincin pasir sajat (emas 916) untuk Sofea. Dah anak dara sekarang ini. Dah ada keinginan nak pakai barang kemas macam Mia.


Satu lagi request dari Sofea.... hmmmm.... Mia akan update minggu depan.....


** sayang sangat kat Sofea... Happy Birthday Sofea....

Carta Pengkomen Tegar Julai 2018

8/07/2018 08:35:00 am 9 Comments



Carta Pengkomen Tegar Julai 2018



No 1 - Ejulz dengan 46 komen



No 2 - Mohamad Khairil dengan 41 komen


No 3 - Farahain ZFA dengan 31 komen



No 4 - Adianiez Aida dengan 19 komen



No 5 - Nurul Aqidah Azahar dengan 18 komen



No 6 - Farhanna Jafri dengan 15 komen



No 7 - Nurzakiah Hanum dengan 14 komen



No 8 - Siti Yang Menaip dengan 13 komen



No 9 - ShirVen dengan 13 komen



No 10 - Sis Lin dengan 12 komen



** alhamdulillah.... rutin setiap awal bulan bagi menghargai mereka yang rajin tinggalkan komen di bulan sebelumnya... terima kasih ya...