image March 2018 - Mia Liana

Saturday, 31 March 2018

Pengumuman Pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #29

3/31/2018 11:59:00 pm 15 Comments

Alhamdulilah.. sempat juga Mia marathon blogwalking ke semua peserta Segmen 24 Jam Bloglist #29 di SINI. Terima kasih pada semua peserta yang sudi menyertai segmen ini. Ada 19 penyertaan semuanya. Tibalah masanya untuk buat cabutan bertuah secara manual. 




Goncang punya goncang..... dan akhirnya 10 nombor telah berjaya dipilih oleh Mia dan Sofea. Suka betul Sofea masa pilih nombor ini.



16, 6, 12, 18
17, 19, 10
9, 13
1

Wahhhh... tahniah diucapkan kepada semua pemenang di atas yang akan menyerikan bloglist Mia bagi bulan April, Mei dan Jun 2018. Kepada yang tidak berjaya, usah bimbang. Boleh cuba lagi di segmen ini yang seterusnya.


**  jemput tengok nombor peserta di SINI...



Peraduan Pos ArRahnu Persona Gold

3/31/2018 07:48:00 am 2 Comments



Menangi kereta idaman serta hadiah-hadiah yang menarik

Kereta Persona 1.6 CVT Metallic
Motorsikal Modenas CT 1155
1 dinar, 1/2 dinar, 1g, 0.5g jongkong emas Pos ArRahnu

Tempoh penyertaan : 5 April - 5 Jun 2018



Cara penyertaan :

- Cagar emas di Pos ArRahnu untuk tempoh minimum 6 bulan

- Pinjaman minimum RM1000 mengikut kadar emas semasa


** hebahan blog....


Entri yang berkaitan :
- Pajak Gadai POS ArRahnu | Kemudahan Pinjaman Bercagarkan Emas



Friday, 30 March 2018

Everyday Habits That Drain Our Energy

3/30/2018 04:18:00 pm 6 Comments


01. Taking things personally

02. Holding on to the past

03. Always checkimg facebook

04. Over-stressing

05. Sleeping in late

06. Fuelling drama

07. Having a poor diet

08. Complaining all the time

09. Overthinking

10. Gossiping

11. Not living in the moment

12. Trying to please others


** hmmm... don't waste our energy...


Ole-Ole Dari Australia

3/30/2018 01:41:00 pm 6 Comments

Semalam.... Bos Mia ada bawa ole-ole dari luar negara. Dia bercuti sekeluarga kat Perth, Australia cuti persekolahan yang lepas.

Jom tengok ole-ole yang best tu...

Bekas tisu dan reusable shopping bag

fridge magnet

Rambang mata juga nak pilih. Belek punya belek... Mia pilih yang ni...



Sweetnya.... terima kasih bos...


** mood syukur..... (^_^)


Thursday, 29 March 2018

Health Benefits Of Sweet Potatoes

3/29/2018 09:04:00 pm 8 Comments



01. Calming for stomach

02. Anti-inflammatory

03. Full of nutrients

04. Healthy heart

05. Boosts immunity

06. Rich in beta carotene

07. Good for lung functions

08. Detoxifying of heavy metals

09. Regulates blood sugar levels

10. Easily digestible and full of fiber


** health info...


Wednesday, 28 March 2018

Quote Of The Day (550)

3/28/2018 10:14:00 pm 2 Comments



Anything that annoys you
is teaching you patience.

Anyone who abandons you
is teaching you how to stand up
on your own two feet.

Anything that angers you
is teaching you
forgiveness and compassion.

Anything that has power over you
is teaching you how to take
your power back.

Anything you hate is teaching you
unconditional love.

Anything you fear is teaching you
courage to overcome your fear.

Anything you can't control
is teaching you
how to let go.


** motivational quote...


Tazkirah 137 : Kopi Dan Gula

3/28/2018 10:37:00 am 10 Comments



Ayah : Ina, bancuh dua cawan kopi tanpa gula kemudian bawa bekas gula dan teko kosong kesini.

Ina : Baik, ayah

Dengan penuh tanda tanya Ina membawa apa yang diminta ayahnya.

Ayah : Cuba rasa salah satu cawan kopi tersebut.

Ina : Rasa pahit ayah.

Ayah : Cuba masukkan sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Rasa pahit makin berkurang ayah.

Ayah : Tambah lagi sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Rasa pahit makin hilang ayah.

Ayah : Tambah lagi sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Rasa manis mula terasa ayah.

Ayah : Tambah gula sesudu lagi, kacau dan rasa.

Ina : Rasa kopi semakin manis.

Ayah : Tambah lagi sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Kopi terlalu manis, tak sedaplah ayah.

Ayah : Pengajarannya disini, kopi tanpa gula tadi ibarat kemiskinan, manakala gula sesudu demi sesudu tadi ibarat harta yang semakin bertambah. Apabila semakin ditambah gula kopi menjadi semakin tidak enak. Begitu juga dengan harta, apabila asyik dicari, ia menjadi semakin tidak tenang. Hidup tak seindah yang disangka.

Sejenak Ina termenung...

Ina : Ya ayah, Ina faham sekarang, harta boleh dicari tapi jangan sampai melampaui batas.

Ayah : Betul, sekarang ambil secawan lagi kopi tanpa gula dan campurkan dengan kopi yang berlebihan gula tadi kedalam teko kemudian bahagi semula kedalam dua cawan tadi. Bagaimana rasanya?

Ina melakukan apa yang diminta ayahnya...

Ina : Rasa enak.

Ayah : Begitulah jika orang yang berharta berkongsi rezeki dengan mereka yang serba kekurangan melalui zakat, sedekah atau sebagainya, kedua dua mendapat manfaat daripada harta tersebut.

Ina : Terima kasih atas iktibar tersebut ayah...

sumber : [whatsapp group]


** moga kita ambil iktibar dari pengajarannya....


Tuesday, 27 March 2018

Monday, 26 March 2018

Shopping Online Barangan JD.COM Dan Mogujie Di EZBUY

3/26/2018 06:18:00 pm 4 Comments

EZBUY merupakan online shopping store yang sudah terkenal dan dipercayai malah tidak asing lagi di Malaysia. Jika tengok dan belek-belek kat dalam EZBUY ini, hmmm… macam-macam ada. Sebut saja apa.. pasti ada. Pelbagai berangan dijual bagi menepati citarasa pembeli. Trend masa kini, makin ramai yang selesa membeli barangan dengan shopping online. Jimat masa, tenaga dan kos pengangkutan.

Bayangkan sambil tengok televisyen di rumah, sambil shopping online kat EZBUY di smartphone sendiri. Boleh download aplikasi mobile EZBUY ke smartphone anda sama ada versi android app dari Google Play atau versi iPhone app dari APP store.

Bila-bila masa. Di mana jua kita berada. Berbekalkan smartphone / pc / laptop  yang ada akses internet memang sangat mudah untuk shopping online di EZBUY.



Sekarang ini, dah meriah sungguh  di EZBUY. Apa tidaknya, sudah ada 2 Seller famous barangan luar negara di EZBUY iaitu JD.COM dan Mogujie. Pendek kata, makin lama makin bertambah rambanglah mata ini nak shopping online di EZBUY.


JD.COM
JD.COM atau dikenali dengan nama Jing Dong sangat popular sebagai salah satu pusat e-dagang yang terbesar di China. Amat mementingkan kualiti produk dan servis penghataran dan pelanggan, JD.COM mempunyai banyak pilihan kategori barangan iaitu aksesori gajet, keperluan seharian, pakaian, kelengkapan rumah dan lain-lain lagi.


Carian barangan dalam EZBUY boleh dibuat dengan memilih Seller : Jingdong (JD.COM) di mana-mana kategori barangan yang dikehendaki. Paparan di atas menunjukkan pilihan Seller: Jingdong untuk kategori Shoes, Bags & Accessories. Bagi lebih memudahkan urusan pembeli, simbol JD digunakan untuk setiap barangan yang dijual di EZBUY.


Paparan di atas adalah hasil carian handbag bagi seller : Jingdong. Senang dan mesra pengguna. Mudah untuk mencari barangan yang dikehendaki.

Mogujie
Mogujie terkenal dengan rangkaian fesyen yang pelbagai dan trending. Banyak pilihan untuk pakaian, skirt, blouse, beg, kasut, keperluan make-up dan kecantikan. Barangan yang ditawarkan berkualiti dan murah dari negara China. Setakat ini, MOGUJIE jadi pilihan terbaik bagi penggemar fesyen di Malaysia kerana ianya menepati citarasa yang pelbagai dan terkini.



Di EZBUY, barangan Seller MOGUJIE ada dalam page Mushroom Street atau pun boleh buat carian dengan pilihan Seller : Mogujie untuk kategori barangan yang ingin dibeli.


Paparan di atas adalah hasil carian bagi kategori Dress untuk Seller : Mogujie. Bagi lebih memudahkan urusan pembeli, simbol Mushroom digunakan untuk setiap barangan yang dijual di EZBUY.



Wahhh.. betapa seronoknya nak shopping barangan JD.COM dan Mogujie di EZBUY. Boleh beli barangan luar negara dengan mudahnya tanpa perlu bimbang barangan yang dibeli tidak sampai ke sini. Jom shopping… di EZBUY. Klik SINI.


Psstttt... jom daftar SINI untuk dapatkan shopping voucher RM15 secara percuma.




EZBUY
Buy Global, Locally

Website | Facebook | Instagram



** calling for online shopping lovers...


Desaru Coast Pavilion (JB Matta Fair 2018)

3/26/2018 09:00:00 am 3 Comments




Desaru Coast Pavilion (JB Matta Fair 2018) 

Tarikh :  6 April 2018 - 8 April 2018 (Jumaat - Ahad)
Masa : 10.30 Pagi - 10.00 Malam 
Tempat :  LG @ Danga City Mall, Johor Bahru (Booth Number : 18, 19, 24 dan 25) 



Dapatkan informasi lebih lanjut pada link ni (Klik link)
http://www.desarucoast.com/promotions

Facebook Page Hard Rock Hotel Desaru Coast (Link) 
https://www.facebook.com/HRHDesaruCoast

Facebook Page Desaru Coast Malaysia (Link)
https://www.facebook.com/desarucoastmalaysia




#JohorEventApril #MATTAFair2018 #HRHDesaruCoast #DesaruCoastMalaysia


** hebahan blog...


Sunday, 25 March 2018

Tazkirah 136 : Bila Berniaga Jangan Kutip Hutang & Jangan Kena Matahari

3/25/2018 02:30:00 pm 1 Comments



BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG.

2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu _(balu Hassan Al Basri)_ memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

Moral Of The Story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di sejadah solat semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Ibadah itu bukan terhad di masjid, di tikar sembahyang sahaja, bahkan setiap apa yg kita lakukan spt makan, memasak, menyapu, berjalan, belajar, bekerja, bersukan, hatta tidur sekalipun bila ia diniatkan ikhlas lillahitaala semata-mata kerana Allah, insyaAllah setiap hari hidup kita ini sangat bermakna, terisi penuh dengan perkara-perkara yang Allah redha, yang Allah kira ia sebagai ibadah. InsyaAllah

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”


** perkongsian dari group whatsapp...


Saturday, 24 March 2018

Kata-Kata Madah (241)

3/24/2018 03:00:00 pm 5 Comments


Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.

Duit .. tak   boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.

Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.

Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi untuk sihat perlukan duit.

Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi untuk dapatkan ilmu perlukan duit.

Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.

Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.


** sekadar renungan....


Friday, 23 March 2018

Restock Pencuci Dan Pelembap Muka @ Guardian Tesco Parit Raja

3/23/2018 07:11:00 pm 3 Comments

Nasib Mia ni jenis pakai produk yang ada dijual kat Guardian dan Watson. Senang nak restock kalau pergi mana-mana.

Mia balik kampung. Jadinya restock pencuci muka Mia, Rosa T Mild Cleanser Garden Of Eden kat Guardian Tesco Parit Raja Batu Pahat. Pelembap muka pula Mia selalu guna Rose Petal Aloe Vera Gel Fruits Of The Earth. Tak ada pula kat sini. Makanya, Mia gantikan dengan brand Guardian. 


Kulit muka Mia jenis sensitif. Tu yang pakai produk organik. Lagi selamat dan yang penting kulit muka sihat.

** bab penjagaan kulit muka.... 

Entri Berkaitan :


Thursday, 22 March 2018

Kata-Kata Madah (240)

3/22/2018 08:45:00 pm 2 Comments


Hidup adalah satu perjalanan yang panjang. Hujungnya sejauh pandangan mata. Adakala laluannya makin payah. Sedangkan kaki kita mula lelah. Dan langkah kita makin lemah.

Hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat ALLAH sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri.


** meniti hari-hari yang mendatang...


Symptoms Of Depression In Men

3/22/2018 01:57:00 pm 2 Comments



01. Blames others

02. Anger

03. Paranoia

04. Restlessness and Agitation

05. Compulsiveness

06. Insomnia

07. Becomes Controlling

08. Shame

09. Fear of Failure

10. Overly Status-Conscious

11. Self-Medication Through Drugs

12. Overuse of Internet / TV / Email


** every woman should know these.......




Wednesday, 21 March 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

3/21/2018 11:45:00 pm 9 Comments


Join segmen ini. Nak join kena jawab beberapa soalan. 

Bila blog ditubuhkan
Hmmmm... blog ini ditubuhkan pada bulan Mac 2007.

Maksud tersendiri nama blog dan url blog
Nama Mia diambil dari movie Princess Diaries (cerita favourite Mia dulu). Princess Mia Thermopolis. Digabungkan dengan Liana. Ambil dari nama betul Mia, Juliana. Gitu lah kisahnya. Tetiba malu *tutup muka*

Ceritakan pahit manis sebagai seorang blogger
Adat resam berblog, pahitnya tetap ada. Paling stres blog ini pernah di hack / klon 2 kali dari 2 negara luar sehingga ranking Mia jatuh menjunam. Pada tahun yang berbeza. Menangis tak berlagu. Nak naikkan balik, bukannya senang. Siap buat report ke Google untuk selamatkan blog ini. Sedih sangat masa itu... nasib dapat bertindak dengan cepat. *face palm*

Nasihat kepada blogger lain
Nasihat Mia. Teruskan berblog secara konsisten dan berterusan. Yeahhh!


Segmen tamat pada 30 Mac 2018


** sesi support rakan blogger...

Cash Giveaway by FarhanaJafri

3/21/2018 06:30:00 pm 9 Comments



Join giveaway ini. Mana tahu ada rezeki dapat cash dari blogger Farhana.
Jom semua kita kasi meriah giveaway ni.

Ucapan tahniah dari Mia sebab Farhana dah capai target PV harian. 
Keep up the good work! (^_^)

Giveaway tamat pada 7 April 2018.


** sesi support rakan blogger...


Benefits Of Ginkgo Biloba

3/21/2018 03:00:00 pm 1 Comments



01. Beneficial in maintaining healthy heart

02. Prevents cancer and reduces risk of nervous disorders

03. Helps to improve focus, memory and stimulate creative thinking

04. Effective in slowing symptoms of aging such as wrinkles and age spots

05. Helps to increase blood vessel dilation and stimulates blood flow in body

06. Beneficial in treating cognitive disorders such as Alzheimer's disease and dementia



** health info...


Tuesday, 20 March 2018

Baru Selesai Urut Satu Badan

3/20/2018 07:08:00 pm 10 Comments

Alhamdulillah.... baru je selesai urut dengan seorang makcik ni. Balik kerja tadi terus ke rumah makcik ni. Terasa leganya badan. Kita kerja kan hari-hari. Badan letih dan penat kenalah luangkan masa sedikit untuk badan. Sesekali manja-manjakan diri.


Rehat sebentar sebelum pulang ke rumah. Makan keropok dengan minum air oren.

Syukur... moga sihat selalu...


** me time....

Potluck Kecil-Kecilan Pagi Tadi

3/20/2018 02:15:00 pm 9 Comments

Alhamdulillah.... meriah rezeki sarapan pagi tadi kat pejabat. Potluck kecil-kecilan Bahagian Perancangan Strategik dengan Unit ICT. Sakan bawa bekal dari rumah.

menu pagi tadi merangkap tengahari juga

lempeng dengan sambal tumis
karipap

laksam

roti
sambal kicap
sambal sardin

jemput-jemput kentang
sos cili


Tak sangka banyak pula menunya. Semalam plan nak yang simple je. Syukur alhamdulillah... dapat makan ramai-ramai....


** selera betul makan macam ni... siap bertambah....