image River Of Life @ Kolam Biru Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur - Mia Liana

Saturday, 28 April 2018

# Advertorial # Travelling Matters

River Of Life @ Kolam Biru Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur

Dulu lain.. sekarang dah lain. Wajah Kuala Lumpur sekarang sudah tidak macam dulu lagi semasa Mia belajar dan mula kerja swasta dari tahun 1997 hingga 2002. Terlalu banyak bezanya. Rasa mcam tak percaya pun ada. Tidak tergambar dengan kata-kata. Terlalu teruja. Amazing... Awesome...

Yang Mia paling tak sangka... dulu Mia pernah lepak dengan rakan-rakan sekelas yang belajar IT di pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang. Biasalah, dah habis kelas, konon nak release tension. Kesiannya kat sungai ini. Keadaan tidak terjaga. Masa itu sempat lagi berseloroh kalaulah pertembungan dua sungai ini dan Masjid Jamek ini diberikan nafas baru oleh kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pastinya kota metropolitan Kuala Lumpur akan hidup dan segar di waktu malam. Maklumlah tengah cari idea nak menyiapkan assignment multimedia. Macam-macam brainstorming apa yang ada di depan mata.



Kini.... ternyata ianya telah menjadi satu kenyataan. Projek 'River Of Life ' (ROL) atau  'Kolam Biru' menjadi salah satu daya tarikan pelancongan baru di bandar Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017. Kolam Biru sepanjang 10.7 km adalah pertemuan dua sungai dalam bandar iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Sebagai warganegara Malaysia, Mia perlu tahu info tentang ini. Projek ROL tersenarai di dalam Bidang Ekonomi Negara Utama Negara (NKEA) telah bermula pada 2011 dan dijangka berakhir pada 2020. Ianya menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion dalam melakukan kerja-kerja pembersihan sungai sebagai skop utama projek meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong sepanjang 110 kilometer.



sumber gambar : google


Jom tonton dua video ini untuk gambaran yang lebih jelas tentang 'River Of Life ' (ROL) atau  'Kolam Biru'.

River of Life Transforms Kuala Lumpur


KL's River Of Life Project : Transforming The Lifeblood Of KL


Memang sangat cantik pemandangan sungai yang sangat indah dengan limpahan cahaya berwarna-warni berserta pancutan air mengikut irama muzik. Inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan Malaysia yang amat memberangsangkan dan boleh dibanggakan.

Ironinya, 'River Of Life ' (ROL) atau  'Kolam Biru' banyak memberi impak yang positif terhadap komuniti masyarakat Malaysia.  Macam-macam aktiviti boleh dilakukan seperti dijadikan tempat istirehat dan riadah. Boleh berbasikal, jogging, menonton persembahan buskin (muzik jalanan) sambil menikmati pemandangan menarik ini. Secara tidak langsung membuka peluang perniagaan baru dan boleh meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. 

Kalau pergi bercuti ke Kuala Lumpur wajib singgah ke sini.


Hidup Kuala Lumpur! Hidup Wilayah Persekutuan!


** majulah industri pelancongan untuk negara... yeahhh...


48 comments:

  1. Kinah pun dah singgah river of live ni. Memang cantik terutamanya pada waktu malam. Aktiviti di sekitarnya pun menarik.

    ReplyDelete
  2. Wah, macam ni sekali dah jadi belakang ni... Sebelum ni nampak orang post gambar, tapi tak tahu location...
    Lepas ni boleh ni photoshoot sini...

    ReplyDelete
  3. Memang kena lah dengan nama river of life tu. Beri hidup kawasan sekeliling

    ReplyDelete
  4. cantiknya kolam ni..nti turun kl mesti singgah port ni..hehe

    ReplyDelete
  5. tengok dalam gambar pun dah cantik tempat ni. kalau dapat tengok depan mata mesti lagi teruja. memang wajib pergi la kalau ke kl nanti

    ReplyDelete
  6. Wahhhh yeke? Cantiknya!! Dedulu situ biasa jee skrg alahaii cantikknya! Mcm bukan dkt KL je. Bagus sangatt inisiatif mcm ni kannn . Terbaik!!!

    ReplyDelete
  7. Cantiknya kak.. Zaza xtau ada river mcm ni kt kl.. Nanti turun kl nk pergi la kalau bkesempatan

    ReplyDelete
  8. cantiknya..dulu sebelum kawen, suka lepak kat sini..tak tau pulak dh ada dekorasi macam ni skrg..serius lawa...

    ReplyDelete
  9. Cantiknya ROL ni...sangat menarik mata memandang. KL makin cantik skrg

    ReplyDelete
  10. Wah... X pernah tau dh secantik ini kawasan tu. Kena pergi tengok ni.. :)

    ReplyDelete
  11. Cikla belum pernah ke sini lagi. Memang menariklah tmpt ni. Nanti boleh ajak encik suami beriadah kt sini... God sharing mia

    ReplyDelete
  12. wow! tengok gambar pun boleh tahu mmg cantik la ...
    dulu2 time study kat sana, apasal la tak secantik mcm ni eh ...

    ReplyDelete
  13. Tak pernah pulak tau dan tak pernah pergi. Serius cantik sangattt..
    Ada tak ye kolam color pepel plak he he

    ReplyDelete
  14. Wow, cantiknya! Last CN ke kawasan sekitar ROL ni thn 2009. Tak sangka dah banyak berubah. Terbaik lah DBKL 👍

    ReplyDelete
  15. Cantik tempat ni. Macam2 aktivit menarik boleh di lakukan di sini. Tahniah DBKL..!!!!

    ReplyDelete
  16. wow.. cantik sgt ni... rasa nak g kl je sekarang ni...

    ReplyDelete
  17. wow cantiknyaaaaa! tengok gambar ingat kat luar negara tadi rupanya kat KL je. perghh

    ReplyDelete
  18. Hari tu dah bawak anak² pi tengok. Waktu malam memang cantik!

    ReplyDelete
  19. Asyik x sempat je nak amik pic kat sini..mmg cantik kan sini..

    ReplyDelete
  20. Serius cantik lah tempat ni.. nanti nak pergi singgah lah

    ReplyDelete
  21. Tengok gambar pun dah menarik buat hati tertarik..! Tahniah usaha DBKL. Bangga jadi orang KL.. :)

    ...

    ReplyDelete
  22. Mmg lain giler dah sekarang.. tak sangka boleh jd cantik mcm tu.. dulu tgk air sungai tu pun x lalu.. hehe

    ReplyDelete
  23. betul tu kakm ia, berubah habis KL dulu dengan KL sekarang. Serba indah termasuklah sungai dia

    ReplyDelete
  24. ctk view dia skg..menambat hati pelancong hihi

    ReplyDelete
  25. Cantik dah sungai ni. Daya tarikan terbaru untuk warga WP dan juga pelancong

    ReplyDelete
  26. uish ingat tadi duduk kat planet avatar la, rupanya dalam malaysia. memang terbaik la usaha WPKL memartabatkan ekonomi negara

    ReplyDelete
  27. bestnyaaa..tq kak mia sbb share video tuh..luqman teruja tengok..memang nanti nak ajak member2 lepak kat sana la.

    ReplyDelete
  28. Baru tahu tentang kolam biru ni. Nanti nak pi lepak sana lah

    ReplyDelete
  29. Cantikk sangat tempat ni. Nanti nak pergi lah.

    ReplyDelete
  30. Wah memang menarik. Lama Tak ke sini. Insyaallah kalau ke kL nanti nak singgah

    ReplyDelete
  31. Seriously memang terpegun sangat. Lagi satu sebab pantulan warna biru dari air tu menyerlah. Excited !

    ReplyDelete
  32. Tengok dalam.tv hari tu. Cantik giler

    ReplyDelete
  33. Belum ada kesempatan nak ke sana.. tgk view pon dah cantik.

    ReplyDelete
  34. Serius baru tahu. Tq for sharing. Nice nyaaa!

    ReplyDelete
  35. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  36. dah makin cantik sungai ni.. kagum betul

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  37. cantiknya.. bagus de cmni.. menjaga sungai.. dri sungai busuk dna penuh sampah jadi tmpt menarik

    ReplyDelete
  38. Macam tak percaya jer sungai yang kotor dulu dah jadi cantik macam ni.

    ReplyDelete
  39. kan..bertapa cantik dan indahnya sungai jika dijaga ..dipulihara sebegini

    ReplyDelete
  40. Masa bujang dulu selalu lepak sini tunggu bas mini tapi tak lah cun macam skrg ni :)

    ReplyDelete
  41. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  42. Cantiknya view dia..k kalau tak tahu mesti kata bukan dalam negara ni

    ReplyDelete