image May 2018 - Mia Liana

Thursday, 31 May 2018

Promosi Hebat Sempena Ulangtahun Ke-6 Hemo!

5/31/2018 10:03:00 pm 6 Comments

PROMOSI BERGANDA-GANDA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-6 HERMO!
Tawaran hebat untuk produk kecantikan tempatan dan antarabangsa.

Hermo, sebuah online platform yang khusus menawarkan produk kecantikan tempatan dan antarabangsa akan menyambut ulangtahun ke-6 pada 21 Mei hingga 24 Jun 2018. Memperkenalkan kempen ‘Hermo 612 2018’ nombor ini dipetik dari gabungan tarikh bermulanya syarikat ini beroperasi 5 tahun dulu iaitu pada 12 Jun 2012 dan kali ini memilih slogan ‘Hey, we are local!’ yang bertujuan untuk memberitahu penggemar produk kecantikan bahawa Hermo merupakan syarikat tempatan yang memberikan servis setanding online platform antarabangsa yang lain.



Sepanjang sambutan ulang tahun ini, pengguna Hermo akan menikmati promosi Gifts with Purchase (GWP) dengan perbelanjaan minimum RM88 di mana Hermo telah berkolaborasi dengan Dinomama Handmade Soap, sebuah lagi syarikat kelahiran Johor yang terkenal dengan menghasilkan rekaan sabun mandi yang unik. Khas untuk sambutan ulang tahun ke-6 ini, pengguna Hermo mestilah mengambil peluang untuk mengumpul lima (5) rekaan yang dicipta bertemakan makanan tempatan! Setiap rekaan akan dikeluarkan selama seminggu sahaja mulai tarikh 21 Mei 2018 antaranya rekaan nasi lemak dan laksa jadi pastikan anda mengikuti laman web Hermo untuk mengetahui rekaan unik lain yang akan dilancarkan setiap minggu.

Hermo juga berkolaborasi dengan Click Apparel, sebuah online platform fesyen tempatan yang kini sedang membina nama terutamanya kepada mereka yang inginkan reka bentuk unik dimana setiap pembeli Click Apparel diberikan pilihan untuk mereka pakaian dan aksesori yang dijual. Dengan pembelian RM200, pengguna Hermo akan mendapat secara PERCUMA Hermo x Click Apparel Lazy Gal Makeup Bag.

“Kami sangat teruja untuk memberikan pelbagai jenis promosi sempena sambutan ulang tahun kali ini kerana ingin berterima kasih kepada pengguna setia Hermo yang merupakan tunjang kekuatan kejayaan kami di dalam bidang ini. Bayangkan, tahun 2012 kami bermula dengan (50) sahaja tetapi kini kami adalah rakan kongsi sah dan pengedar untuk (10,000) produk kecantikan tempatan dan antarabangsa yang 100% original. Memperkenalkan slogan ‘Hey, we are local!’ jelas menunjukkan bahawa kami ingin terus menembusi dan mengukuhkan kedudukan selaku peruncit produk kecantikan yang mampu memberikan servis premium untuk warga Malaysia dan seterusnya melebarkan sayap empayar kami ke Asia,” jelas En. Ian Chua selaku Ketua Pegawai Eksekuitf, Hermo.

Selain daripada promosi GWP, pengguna Hermo akan menikmati tawaran seperti zon ‘RM6, RM1, RM2’ di mana produk premium akan dijual dengan sedemikian harga. Promosi flash deal iaitu ‘Flash Deal’ yang memberi peluang eksklusif untuk pengguna Hermo membeli pelbagai produk premium dengan harga mampu milik yang akan dijalankan setiap hari Isnin, Rabu Jumaat dan Sabtu (sepanjang durasi kempen) dari jam 6 petang hingga 11.59 malam. Promosi lain adalah seperti ‘Buy 1 free 6’ (28 Mei – 30 Mei), ‘Bundle Buy 4 for RM48’ (4 Jun – 10 Jun) dan ‘Everything under RM26’ (11 Jun – 17 Jun).

Jangan lupa ikuti promosi X-OMO di mana produk antarabangsa seperti Heimish, Yadah, Naruko, Pyunkang Yul, Klairs, Mirae akan dijual serendah 70% diskaun.

Paling penting, rebat cukai GST sebanyak 6% akan dilupuskan bermula 21hb Mei 2018. Untuk keterangan lanjut mengenai rebat cukai ini dan promosi terkini Hermo, ikuti laman www.hermo.my dan di melalui sosial media di bawah:

Insta: @hermomy
Twitter: HermoMalaysia


** hebahan blog...


Wednesday, 30 May 2018

Promosi Raya Exclusive Suede Foldable Travel Bag

5/30/2018 04:04:00 pm 6 Comments

Wahhhh... cantiknya Suede Foldable Travel Bag ini. Nampak exclusive dan stylish. Senang nak simpan dan dibawa travel. Hanya perlu lipat, terbalikkan, masukkan ke dalam dan zip. Mudah digunakan.

Di musim perayaan ini, PTT Outdoor, OutdoorGear Malaysia - Outdoor Store for Cycling, Fitness & Cycling ada buat promosi Raya dengan potongan sebanyak 53% dari harga asal RM75.00 kepada RM35.00. Ditambah lagi dengan kos penghantaran secara percuma ke seluruh Malaysia. Sangat berbaloi dan menjimatkan. 


Senang dibuat travel dan boleh jadi extra beg jika beg sedia ada tidak muat.

Folding Extra Bag Packing - Made in China

Buka zip untuk keluarkan beg

Terbalikkan dan buka beg.

Besar dan boleh simpan banyak barang. 
Sangat berkualiti dan tahan lasak.


Ciri-cirinya yang menarik : 

01. Water resistant
02. Comes in 4 different colors - Blue, Dark Grey, Light Grey, Orange
03. Durable stitching
04. Capacity: 32L
05. Folds away easily



Kalau ada yang berminat nak beli Exclusive Suede Foldable Travel Bag ini, boleh terus beli secara online di SINI. Oh ya.... jangan lupa gunakan kod diskaun ini, RAYA5 untuk dapatkan diskaun sebanyak RM5 dari PTT Outdoor.



PTT Outdoor



** jom shopping...

Tuesday, 29 May 2018

How To Stay Positive In A Negative Situation

5/29/2018 05:56:00 pm 2 Comments


Questions to ask yourself

01. Is this worth getting upset over?

02. What is the lesson here? What can I learn from this?

03. Am I overreacting or overthinking the situation?

04. What is the positive I can take away from this?

05. How is this making me a better person?

06. Can I control the situation?

07. What can I do right now to make myself feel better?

08. How can I see the situation with love?


** always positive....



Belek Brochure Mesin Jahit Janome

5/29/2018 08:34:00 am 7 Comments

Hmmm... ni kisah petang semalam sementara menanti buka puasa di SINI. Mia belek brochure promosi mesin jahit janome. Dapat dari booth kat Giant Tampoi.






Kebetulan.. Mia pula tengah survey mesin jahit yang pro. Yang ada kat rumah... jenis yang biasa.

Oh ya... progress menjahit baju dah capai matlamatnya. Baju kurung Sofea dah siap sepasang. Jubah Mia dah 50% siap.

Tu yang berangan... mana tahu akan serius di bidang jahitan pula lepas ni. Boleh jadi side income. Setakat ini jahit untuk sendiri dulu.

3 brand yang Mia survey. Singer, Brother dan Janome. Nak beli sekelepuk memang tak mampu. Nampaknya akan beli secara ansuran.

Mesin jahit Janome kat brochure ni.. memang menepati citarasa Mia. Tapi harganya RM2800 siap dengan kursus selama setahun di Danga City Mall.

Jadi beli ke tak... belum tentu lagi...

** mood berangan....

Monday, 28 May 2018

Buka Puasa Di Giant Tampoi

5/28/2018 08:02:00 pm 4 Comments

Tadi Mia dan Sofea buka puasa di foodcourt Giant Tampoi. Sebelum itu... ada beli barangan keperluan kat Giant. Sementara menanti waktu buka puasa... Sofea main kat playground sini.



Inilah menu buka kami. Nasi goreng cina dan nasi putih paprik ayam. Simple je. Alhamdulillah... kenyang. 

Ramai juga yang buka puasa di sini. Meriah... 


** ada kurma...


Buka Puasa Dinner @ Passionfood Cafe & Bakery Johor Bahru

5/28/2018 11:49:00 am 9 Comments

Tak tahu nak buka puasa atau dinner di mana? Ada sebuah kafe... Passionfood Cafe & Bakery di Taman Pelangi yang menyediakan pakej Ramadhan Dinner Menu untuk anda. Lokasinya senang dan mudah dijumpai jika menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps di smartphone. Dekorasi dalaman kafe ini berkonsepkan English Style yang cantik.


Mia dan Sofea berbuka puasa di sini pada hari Rabu lepas, 23 Mei 2018 bersama rakan blogger Johor atas jemputan media oleh pemilik kafe ini.

Pemandangan dari luar kafe

Pintu masuk kafe.

Pemandangan dalam kafe.

Suka sangat kerusi pink ni... Sweet...

Ada jual pelbagai kek.

Ada juga jual cookies dan muffin.


Jom kita tengok Ramadhan Dinner Menu. Hmmmmm.. nak order apa ya....


Ramadhan Dinner Menu

Price : RM50 per head


Starters (choose 1)
* Truffle Mushroom Soup
* Tomato Basil Soup With Cheesy Toast
* Soft Shell Crab Salad

Mains (choose 1)
* Say Cheese Chicken Burger
* Swedish MeatBalls
* Salmon Rice Bowl
* Seafood Aglio Olio

Sweet Endings (choose 1)
* Strawberry Snow
* Chocolate Hazelnut Mousse with Crunchy Crumbs

Drinks (choose 1)
* Ice Passionfruit Lemon Tea
* Salty Wildberries Lemonade


Teruja sangat Mia dan Sofea bila lihat menu yang menarik ini sehingga makan masa agak lama juga nak pilih yang mana satu. Semua nampak sedap. Dan akhirnya... inilah yang kami order untuk berbuka puasa...


Ice Passionfruit Lemon Tea dan Salty Wildberries Lemonade


Tomato Basil Soup With Cheesy Toast

Soft Shell Crab Salad

Say Cheese Chicken Burger

Salmon Rice Bowl

Strawberry Snow dan Chocolate Hazelnut Mousse with Crunchy Crumbs


Alhamdulillah.... menu makannnya yang cukup lazat, khasiat dan mengenyangkan. Bila dah selesai berbuka puasa, penuh perut ini. Memang sedap dan dengan harga RM50 ini terasa sangat berbaloi. Recommended dari Mia.


Menu lain yang di order oleh rakan blogger Johor... sempat juga Mia rasa sedikit... memang sedap... 

Truffle Mushroom Soup

Seafood Aglio Olio

Swedish MeatBalls





Selesai saja makan dan minum, cepat-cepat bergambar dengan rakan blogger JB yang lain sebagai kenangan. Oh ya... kat sini tidak disediakan surau tetapi boleh solat maghrib di masjid yang berdekatan.

Jemputlah berbuka puasa di Passionfood Cafe & Bakery Johor Bahru untuk rasa menunya yang unik dan best ini.... jom....




Passionfood Cafe & Bakery
No 71, Jalan Serampang,
Taman Pelangi, Johor Bahru.

No Tel : 07 3315330


Dibuka Sabtu hingga Ahad 
10.30 pagi hingga 11.00 malam

Tutup pada hari Isnin



** pilihan buka puasa.. dinner.. iftar...

Sunday, 27 May 2018

Keep Mosquitoes Away

5/27/2018 03:30:00 pm 2 Comments



Peppermint
Planting along outdoor seating areas. around windows or near doorways is on effective way to naturally repel mosquitoes and other bugs.

Lavender
Lavender is a powerful mosquito and general insect repellent. The scent produced by the plant wards off mosquitoes and other bugs.

Basil
If you crush basil leaves and rub them onto your skin, this acts as an effective natural mosquito repellent.

Rosemary
Try burning a little rosemary. When they burn it not only smells good but is unpleasant enough to most species of insects that it'll repel them.

Citronella
The citronella scent is infused into many candles and sprays. Keep this one near your doorway to keep flying insects outside.

Marigolds
Marigolds contain a chemical compound called thiopenes in the roots. This plant repels aphids, cabbage maggots, white flies and other pest.


** get rid of mosquitoes naturally...



How To Stay Motivated

5/27/2018 11:14:00 am 4 Comments



01. Take it one day at a time

02. Surround yourself with positivity

03. Create a vision board

04. Make SMART goals

05. Reward yourself

06. Believe in yourself

07. Acknowledge your positive attributes

08. Recognize your progress

09. Visualize accomplishing your goals

10. Be kind to yourself

11. Don't compare yourself to others


** motivation...

Saturday, 26 May 2018

Jahitan Tangan Mata Lalat

5/26/2018 05:40:00 pm 18 Comments

Status terkini projek menjahit baju kurung Sofea.... Ketika ini Mia sedang jahit mata lalat untuk bahagian leher. Nasib ingat lagi cara nak jahitnya. Mia gunakan 4 benang dan buat 5 lilitan agar nampak besar sikit mata lalat ini.



Boleh juga guna mesin jahit tapi Mia lebih suka cara manual. Jahit dengan hasil tangan sendiri.


** take 5 jap... update blog...


Iftar Buffet Le Grandeur Palm Resort Johor

5/26/2018 10:51:00 am 5 Comments
Di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kalau tidak berbuka di rumah... boleh saja ajak keluarga atau rakan-rakan berbuka di luar. Banyak pilihan sekarang apabila hotel dan resort turut menyediakan pakej buffet berbuka puasa yang lengkap dan berpatutan.

Untuk itu... Mia nak cadangkan anda semua yang berdekatan supaya mencuba Iftar Buffet di Le Grandeur Palm Resort Johor. Lokasinya berdekatan dengan Senai Airport. 




Pakej Iftar Buffet Le Grandeur Palm Resort Johor


Join in our annual Gulai Kawah lavishing 150 or more dishes
@ Iftar Buffet Le Grandeur Palm Resort Johor

17 May - 13 June 2018

Every 10 Diners, 1 get to eat for Free (9+1)

For every booking, RM2 will be donated to cherity


RM90/Adult | RM50/Child
(above 4 years old and below 12 years old)

Senior Citizen RM70
(60 years old and above)

6.00 pm - 9.00 pm


Sahur :
RM50/ Adult | RM30 / Child
4.00 am - 5.30 am

For Booking :
07 599 6000 (ext 8607) or email to fnbsec@palmresort.com

* prayer room available and free parking













Terus terang Mia katakan terlalu banyak menu juadah berbuka puasa yang disediakan sehingga rambang mata nak pilih yang mana satu dulu. Sofea suka berbuka di sini... katanya meriah dan macam-macam ada. Kambing bakar, nasi beriyani, sup tulang gearbox, sup merah, asam pedas, sate, maki roll, rojak petis, rojak buah-buahan, tauhu sumbat, ulam-ulaman, kerabu dan lain-lain lagi. Pakej iftar buffet yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi dengan harganya. Tak rugi. Sedap-sedap belaka semuanya. Cukup rasa dan sangat menyelerakan.


Sekalung tinggi penghargaan buat Le Grandeur Palm Resort Johor yang sudi menjemput JDT Blogger untuk jemputan media review ini pada 22 Mei 2018. Terima kasih tidak terhingga. 

Dengan Noor Amirah Atan, Marcomm Executive

Jemputan JDT Blogger

Dengan JDT Blogger yang hadir.. Kak Seri dan Uyul



Le Grandeur Palm Resort Johor

Le Grandeur Palm Resort Johor
Jalan Persiaran Golf Off Jalan Jumbo
81250 Senai, Johor, Malaysia

Tel: (6 07) 599 6000
Fax: (6 07) 599 6301



** jom iftar di sini....