Tijani Motors | Kedai Kereta Import Terpakai Di Pontian


TIJANI MOTORS SDN BHD, sebuah perniagaan kereta import terpakai (recon) pertama di Pontian, Johor telah pun dirasmikan oleh YB Datuk Ir Hj Hasni bin Hj Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor di Majlis Perasmian dan Kesyukuran pada jam 8.30 malam hari Jumaat 27 April 2018 bersamaan 11 Syaaban 1439H.

Majlis telah dihadiri oleh VIP dan tetamu jemputan. Mia dan rakan JDT Blogger turut dijemput hadir ke majlis ini sebagai wakil media. Alhamdulillah... majlis telah berjalan dengan lancar dan sempurna.







Jom tonton video Majlis Perasmian & Kesyukuran Tijani Motors Sdn Bhd



TIJANI MOTORS | PENJUAL KENDERAAN IMPORT, BAHARU DAN TERPAKAI
Diinspirasikan oleh “Misi Dekad Baharu Johor” yang telah diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan, Tijani Motors Sdn. Bhd. (ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn. Bhd.) melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industry automatif.




Penubuhan Tijani Motors adalah untuk menjadi salah sebuah perniagaan automotive terutamanya dalam kategori kereta import terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera. Dengan lokasi menarik, produk-produk yang berkualiti dan merupakan pengedar kereta import pertama di Pontian, Tijani Motors Bersama rakan niaga, Yamud Enterprise bakal menjadi pemangkin dalam industi usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian dan visi seterusnya adalah untuk berkembang ke seluruh Malaysia.


Brochure Tijani Motors Sdn Bhd
(klik pada gambar untuk besarkan)


Biodata Pengarah Urusan Tijani Motors Sdn Bhd
Datuk Haji Mohd Tahir Bin Haji Mohd Noah adalah merupakan pemegang Diploma Sains Gunaan dari ITM Shah Alam dan seorang Graduan Sains dari St.Andrews University, Scotland. Beliau juga turut mendapat Diploma dalam Pengurusan Rekreasi (Canada Institute Sport & Recreation) dan juga adalah seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dari Charles Sturt University, Australia. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan selama lebih dari 15 tahun yang mana merangkumi industri pembangunan hartanah, sekuriti, pembekalan perubatan, pemuliharaan arkib, latihan dan pembangunan manusia, dan industri pelancongan. Kini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan bagi Tijani Motors Sdn. Bhd.


Kepada yang berminat ingin membeli kereta import, baharu dan terpakai, sila hubungi,


Tijani Motors Sdn Bhd
Lot 979, Jalan Johor, Bandar Pontian Kechil, 82030, Pontian, Johor.
Handphone / Whatsapp :  (+6)013-685 4217 (Dzol) & (+6)012-709 9908 (Ismail)
 Emel : info.tijanimotors@gmail.com




** beli kereta import dengan harga berpatutan dengan Tijani Motors Sdn Bhd...

Post a Comment

10 Comments