image Baju Raya 2018 - Mia Liana

Thursday, 14 June 2018

# Family Matters

Baju Raya 2018


Macam tak percaya je kan? Tak sangka azam Mia tahun ini nak jahit baju raya sendiri dah jadi kenyataan.


Bukan senang nak potong kain dan jahit kalau tak ada minat dan kemahiran. Memang kuat dugaannya. Tersalah potong.. tersalah jahit. Dah salah jahit, tetas balik.

Masa anak dara dulu Mia cuma tahu jahit baju kurung je. Tapi sebab dah tersalah potong kain pasang pertama... makanya terpaksa buat jubah. Part kritikal bila nak pasang invisible zip di bahagian depan. Dekat 3 kali tetas. Yang last baru jadi. Belajar dari beberapa video kat youtube.

Kain pasang kedua.. yang purple gelap tu.. dua-dua cukup untuk buat baju kurung Mia dan Sofea. Mujur tak ada salah potong.

Lepas ni... dah boleh terus jahit baju sendiri. Tidak perlu nak tempah dengan  orang lain.


** mood jahit sendiri... (^_^)


2 comments:

  1. Best kan dpt buat sendiri, boleh buat sebanyak kita nak, lgpun skrg charge tempahan sgt mahal

    ReplyDelete
  2. Jahit sendiri lebih jimat dan lebih puas hati...

    ReplyDelete