image Kalau Kita Tak Redha Atas Kesalahan Orang Lain Yang Dah Buat Pada Kita..... - Mia Liana

Sunday, 10 June 2018

# Tazkirah

Kalau Kita Tak Redha Atas Kesalahan Orang Lain Yang Dah Buat Pada Kita.....

Sedikir perkongsian dari whatsapp group untuk tatapan pengunjung blog ini. Buat renungan kita semua...

Jemput baca....


Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pada kita?"

Jawapan ustaz ringkas ja, 
tapi agak menyentap jiwa :

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha, 
Tak maafkan orang lain, 
Kita akan LEWAT 
MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN 
AMALAN KITA DIHISAB. 
Mahu ke? 

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu. Sorang-soramg akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke? 

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.

Biarlah Allah menghakimi.

Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.

Kita akan lebih tenang. Inshaa Allah.


** memang sukar... tapi bila dah redha, kita akan bahagia dan tenang...


3 comments:

  1. nice sharing kak mia.. baru tahu semua ni..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...semoga diberi kemudahan untuk meredhai atas segalanya. amin...
    gerun tak terkata....

    ReplyDelete