image August 2018 - Mia Liana

Friday, 31 August 2018

Salam Kemerdekaan 2018

8/31/2018 09:24:00 am 2 Comments


Seronoknya...  Hari ini... 31 Ogos 2018 adalah hari kemerdekaan kita yang ke 61 tahun dengan tema "Sayangi Malaysia".

Semangat cintakan tanahair perlu dipupuk sejak kecil lagi supaya kita ada rasa patriotik di jiwa. Apa yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil usaha penat lelah dari pengorbanan mereka yang terdahulu untuk merdekakan Malaysia. 

Mia bangga menjadi rakyat Malaysia....

Selamat bercuti buat semua dan Merdeka!!


** Malaysia tanahairku tercinta...

Thursday, 30 August 2018

Wednesday, 29 August 2018

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway

8/29/2018 04:37:00 am 2 Comments


Syarat-syarat penyertaan:
1. Seorang blogger dari Malaysia dan mempunyai blog.
2. Tulis artikel bertajuk "Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway" di blog anda dan hantar link penyertaan di ruangan komen.
3. Follow blog Ronaldmohoni.com
4. Tampal banner Salam merdeka dan linkkan Ronaldmohoni.com.

Tarikh Giveaway:
19 0gos hingga 09 September 2018

Hadiah:
1. RM 10 untuk seorang pemenang
2. RM 5 untuk 8 pemenang

Hadiah akan dikurangkan jika penyertaan tidak melebih 20 penyertaan. Keputusan berdasarkan cabutan nombor bertuah. Sebarang pertanyaan sila ajukan diruangan komen. Sekian dan salam merdeka. 

 ** sesi support rakan blogger.....

Tuesday, 28 August 2018

Monday, 27 August 2018

CAROUSELL’S “SAYANGI MALAYSIAKU” LEGO ART EXHIBITION IN CONJUNCTION WITH MERDEKA

8/27/2018 07:13:00 pm 4 Comments
CAROUSELL’S “SAYANGI MALAYSIAKU” LEGO ART EXHIBITION IN CONJUNCTION WITH MERDEKA 

Tun Dr. Mahathir Mohamad’s LEGO Murals on display at Sunway Pyramid Mall

Kuala Lumpur, 27 August 2018 – Carousell, Republic of Bricks (ROB) and Sunway Pyramid Mall will be putting on a LEGO Art exhibition in conjunction with Merdeka. The exhibition is free and open to the public.

Themed “Sayangi Malaysiaku”, murals of Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, will be among the highlights of the exhibition. Over 20 LEGO mosaics and murals featuring interesting Malaysian moments, culture and sceneries, will be on display, and visitors can also look forward to LEGO-themed activities by ROB, a LEGO builder community. 



Event Details:

Date:
Thursday, 30 August 2018 - Sunday, 2 September 2018

Time:
10:00AM - 10:00PM

Venue:
LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
47500 Subang Jaya,
Selangor


For more information, visit Carousell on www.facebook.com/carousell.my, or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

HAVE A BLAST LISTENING TO PRE-MERDEKA MUSIC WITH A NEW MALAYSIAN TWIST!

8/27/2018 04:26:00 am 1 Comments

Take a step back in time with WVC and songstress Janet Lee as they present unique arrangements of pre-independent Malayan songs, including Hatiku Rindu, Bulan Ditutup Awan, Hitam Manis, Lenggang Mak Limah, Ibu, and many more - together with stories and anecdotes by historian, poet, and Pusaka founder Eddin Khoo during Seketika Sebelum Merdeka at the 15th Johor Arts Festival (15JohorAF).



Date: 12 September 2018
Time: 8.00 PM
Venue: The Puteri Pacific Johor Bahru
Passes:
Online: RM 100 (VIP), RM 50 (Regular), RM 30 (Student)*
At Door: RM 120 (VIP), RM 60 (Regular), RM 36 (Student)*

Click this link to get your passes: 15johoraf-wvc.peatix.com

* Please present your Student ID at the registration counter.

You can also purchase your tickets at our office (from Monday to Friday, 2pm to 6pm) at 86, Jalan Wijaya, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor.

For inquiries, contact +6019 7139900


WVC Malaysian Jazz Ensemble

Drawing inspiration from the many facets of modern life influenced by Malaysian and other Asian cultures, the music of WVC cuts across many musical genres and defies any kind of classification.

Formed in 2006 as a trio, WVC completed its quartet line up with the addition of saxophonist Julian Chan. The group has toured extensively in the region, heralding back the spirit being "on the road" of touring jazz bands of old. Through these regional tours, WVC has brought its music to many corners of Malaysia, Singapore, China, Taiwan, Thailand, and Macau.

WVC has Five instrumental albums - “WVC TRiO” (2008), “ELEVEN” (2009), “In the Dark, I See Her” (2011) and “Waiting For That Day” (2014) and “Do Not Go Gently” (2016) - that explored different musical genres (while maintaining the spirit of jazz as its core) and combinations in its line-up. Most of the tunes recorded are original tunes written by the band members. In addition, the band also experiments with transforming unlikely pop tunes, Chinese classics, and much mainstream music into new jazz re-arrangements, in the spirit of the great jazz musicians of old.

15JohorAF is presented by The Johor Society for the Performing Arts (JSPA).

#JSPA #15JohorAF #livethearts #stories


Sunday, 26 August 2018

Kata-Kata Madah (260)

8/26/2018 08:32:00 pm 4 Comments


Laki-laki itu

Bukan janjinya
tapi komitmennya

Bukan kata manisnya
tapi kepastiannya

Bukan hartanya
tapi tanggungjawabnya

Bukan gayanya
tapi keperibadiannya

Bukan gelarnya
tapi ilmunya

Bukan usianya
tapi kedewasaannya


** renungan.....

Saturday, 25 August 2018

Lazada Electronics Fair Sale 27 - 29 August 2018

8/25/2018 11:11:00 pm 4 Comments
Wahhhhh... sale.. sale.. sale... Lazada Electronics Fair Sale kembali lagi pada tahun ini dari 27 hingga 29 Ogos 2018. Kemeriahan berganda-ganda dengan pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% dari pelbagai produk elektrik dan elektronik. Rugi tak rebut peluang ini. Hanya berlangsung selama 3 hari sahaja. 

Lazada Electronics Fair Sale 27 - 29 August 2018, klik SINI.


Bukan setakat itu sahaja... ada lagi yang menarik... zassss...




Goncang & Menang (Shake & Win) sehingga 4,000 vouchers dari 22 hingga 26 Ogos 2018, untuk lebih penjimatan ketika anda shopping di Electronics Fair!

1 – Muat turun aplikasi mobile Lazada dan log in.

2 – Kekal di laman utama dan goncang setiap hari  dari 22 hingga 26 Ogos 2018 semasa dalam tempoh 3 slot masa iaitu 10.00 pagi hingga 10.15 pagi, 2.00 petang hingga 2.15 petang dan 9.00 malam hingga 9.15 malam.

* Untuk terma dan syarat, sila rujuk SINI



Yang best sekali, Lazada Electronics Fair ini menawarkan produk barangan elektrik dan elektronik dari pelbagai jenama yang hebat seperti Xiaomi, Asus, Harman, Philips, Logitech, HP, Midea, Panasonic, Acer, Oppo, Apple, A&S, Skyworth, TCL, GoPro, Sharp, Gstore, Wowphone, Senheng, Electrical Shop, Kengdim, ThinkCom, NBP, Desa Home, Atcetera Solution dan Mono Digital. Terbaik sangat ni... Boleh rambang mata tak tahu nak pilih masa shopping. Terlalu banyak pilihan.



Ada lagi yang wowwwww....

Dapatkan nilai wang anda dengan jualan kilat harian 4 kali sehari, sepanjang 27-29 Ogos!

Penjimatan tambahan sehingga 20% dengan lebih daripada 2,500 vouchers eksklusif untuk dimenangi!

Penghantaran percuma dan ada yang ansuran 0%!




Tawaran yang terakhir sekali : Lazada Live TV and social media contest!

Jom cari hadiah eksklusif giveaway daripada jenama seperti Xiaomi, Asus, Harman, Philips, Logitech, atau voucher HP dan Lazada sehingga RM300:

25 Ogos 2018 di Lazada Instagram. 26 Ogos 2018 di Lazada Facebook. 28 Ogos 2018 di Lazada Live TV.

Bagaimana? Tawaran kali ini tersangat menarik dan amat berbaloi. Tunggu apa lagi jom pergi SINI.


** shopping di hujung jari....


Friday, 24 August 2018

Fruit Facts

8/24/2018 12:22:00 pm 3 Comments



01. An apple can give you more energy than a cup of coffee.

02. Blackberries enhance both libido and sexual endurance.

03. Blueberries improve learning ability and memory.

04. Raspberries promote weight loss.

05. Bananas helps prevent muscle cramps after exercise.

06. Grapes are powerful antioxidant ad can cause ahell of a hangover.

07. Grapefruit flushes carcinogens from the body.

08. Cherries produce soothing effects on brain neurons and the nervous system.

09. Kiwi fruit battles asthma in children.

10. Mangos clear clogged pores and eliminate pimples.

11. Oranges reduce the risk of cancers, obesity and coronary heart disease.

12. Pears contain folate which is great for expecting or nursing moms.

13. Pomegranates are known to naturally lower blood pressure.

14. Watermelon will relax blood vessels, improving circulation.

15. Strawberries can fight breast cancer.




** health info....

Thursday, 23 August 2018

Baru Balik Dari Bercuti Di Brunei

8/23/2018 09:42:00 am 11 Comments

Salam semua. Seminggu ni blog Mia sunyi sedikit dan tidak berupdate sebab Mia pergi bercuti ke Brunei dengan Sofea. Turun kat Miri Airport jalan-jalan sampai ke Brunei. Nak balik Johor Bahru pun naik flight kat Miri Airport juga. Dapatlah jalan-jalan sedikit kat sekitar bandar Miri, Sarawak.

Bila bercuti, banyak betul gambar.... Mia share dulu sedikit gambar...





Di kesempatan ini... Mia dan Sofea ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua pengunjung blog yang beragama Islam.

**hadiah kedua birthday Sofea... naik kapal terbang dan bercuti ke luar negara....


Monday, 20 August 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

8/20/2018 10:34:00 am 7 Comments

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.



Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.






Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.


Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com


** hebahan blog...


Saturday, 18 August 2018

Friday, 17 August 2018

Thursday, 16 August 2018

Pinjam Buku Cerita Dari Perpustakaan Sekolah

8/16/2018 01:05:00 pm 5 Comments

Malam tadi sebelum tidur, Sofea keluarkan buku cerita. Katanya, dia pinjam kat perpustakaan sekolah. Ada banyak buku. Jadi dia pinjam buku ni dulu. Tajuknya Kisah Anjing dengan Serigala Dan Kisah Angsa, Katak dan Burung Layang-Layang.

Sofea pun baca pelan-pelan.





Mia pun dengar juga. Baca beberapa helai saja. Nanti sambung lagi esok-esoknya. Satu permulaan yang baik buat Sofea. Habiskan baca yang ini dulu. Lepas ini dah boleh pinjam buku cerita yang lain juga.


** pupuk minat membaca....


Wednesday, 15 August 2018

Tuesday, 14 August 2018

Monday, 13 August 2018

CoolBlog Favourite

8/13/2018 02:09:00 pm 11 Comments
Nampak tu.... CoolBlog favourite Mia dan Sofea. Sebulan ada la... sekali dua minum. Tak bubuh pearl. Hanya air minuman saja.


Sofea paling suka chocolate milk tea tambah susu. Rasa lagi sedap dan creamy sedikit.

Mia paling suka honey dew milk tea tambah susu. Lagi sedap kalau ada extra susu. 

Minum di kala waktu tengah panas memang awesome sangat.

** favourite drink... so lovely..

Sunday, 12 August 2018

Tempahan Jahit Yang Pertama Dah Siap

8/12/2018 12:17:00 pm 9 Comments

Tempohari Mia ada cerita kat SINI yang Mia ada ambil tempahan jahit yang pertama. Alhamdulillah... selesai juga Mia jahit hari Jumaat lepas.

Mia luangkan masa untuk menjahit hanya pada hujung minggu. Buat sedikit demi sedikit akhirnya siap juga.

Antara gambar yang Mia sempat snap masa sedang jahit....








Sampai saja pagi tadi Mia terus berikan pada tuannya. Macam tak percaya je yang Mia dah berani potong kain dan jahit untuk orang. 


** 100% sentuhan dari Mia...


Saturday, 11 August 2018

Health Benefits Of Red Cabbage

8/11/2018 11:45:00 pm 4 Comments


01. Low in calorie value

02. Rich source of vitamins and minerals

03. Filled with antioxidants

04. Great for eye and skin health

05. Boosts the immune system

06. Cleanses the digestive tract

07. Has anti-cancer properties

08. Prevents osteoporosis

09. Reduces the riskof Alzheimer's

10. Heals ulcers


** health info....


Ping Entri Blog Ke Facebook Personal Secara Manual

8/11/2018 11:17:00 am 5 Comments

Hmmmm... nampaknya sekarang ini... Mia terpaksa ping entri blog ke facebook personal secara manual selepas kisah di entri SINI.

Bila tengah ngadap blog... buka entri blog.. dan ping satu persatu.



Mujur ada social media sharing button kat bawah setiap entri blog. Kot-kot ada pengunjung blog yang nak share pun boleh....

** pentingnya autoping... memudahkan bagi blogger yang selalu buat entri autopost atau yang banyak entri setiap hari....


Friday, 10 August 2018

Health Benefits Of Black Pepper

8/10/2018 10:30:00 pm 3 Comments



01. Increase nutrient absorption

02. Improves digestion

03. Stimulates appetite

04. Facilitate weight loss

05. Relieve gas

06. Helps clear congestion

07. Combats arthritis

08. Fights cancer and prevents other disease

09. Works as a natural antidepressant

10. Treats teeth and gum problems



** health info...


Merdeka Run @ Iskandar Puteri 2018

8/10/2018 06:15:00 pm 3 Comments

MERDEKA RUN @ ISKANDAR PUTERI 2018
1 September 2018 | 6.00 Pagi | Edible Park, Medini 9, Bandar Medini Malaysia, Iskandar Puteri



Kategori :-
■  5 KM
■12 KM
■21 KM

HADIAH CABUTAN BERTUAH KESELURUHAN RM 10,000.00

HADIAH
-----------
21 KM
Pertama : RM 1,000
Kedua : RM 750.00
Ketiga : RM 500.00
Keempat : RM 250.00
Tempat Ke-5 Hingga 10 : RM 100.00

12 KM
Pertama : RM 500.00
Kedua : RM 350.00
Ketiga : RM 200.00
Keempat : RM100.00
Tempat ke-5 hingga 10 : RM50.00

Penyerahan "race kit"
30 & 31 Ogos 2018
12.00 Tengah Hari - 8.00 Malam 
Dewan Serbaguna MBIP, Skudai

Pendaftaran : http://bit.ly/mbiprun2018
Tarikh Tutup : 15 ogos 2018


** hebahan blog....