image Pajak Gadai Ar Rahnu Tekun Nasional - Mia Liana

Tuesday, 30 October 2018

# Community # Informasi Semasa

Pajak Gadai Ar Rahnu Tekun Nasional


Sekarang ini sudah ada banyak pilihan untuk pajak gadai Ar Rahnu. Ar Rahnu Tekun Nasional kini telah membuka cawangan Johor Bahru di Bandar Baru Uda dan telah beroperasi hampir 4 bulan. Boleh tunaikan emas untuk kemudahan kewangan di kala memerlukan.

Mia difahamkan boleh pajak gadai barangan kemas dan juga jongkong emas (gold bar) dengan berat minimum 1g. Jongkong emas 0.5g juga diterima dengan syarat hendaklah minimum 2 keping. Amat memudahkan bila tidak perlu buka seal jongkong emas. 

Mia sangat tertarik dengan tawaran margin pinjaman sehingga 80% (setelah membuat gadaian yang keempat) dan juga upah simpan serendah RM0.50. Surat pajak gadai boleh disambung sehingga 3 kali maksimum.

Jom tengok brochure...




klik pada gambar untuk besarkan



Kepada yang berminat, boleh layari http://www.arrahnutekun.com.my untuk buat kira-kira dengan kalkulator online yang disediakan bagi memudahkan jumlah yang ingin dipinjam dengan nilai berat emas yang ingin dipajak gadai terlebih dahulu. Kemudian, bolehlah berkunjung ke cawangan Ar Rahnu Tekun Nasional yang berdekatan.



AR RAHNU TEKUN Cawangan Bandar Baru Uda
Tingkat Bawah, No.66, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru, Johor
Pejabat: 07 232 9569
GPS: 1.490173, 103.711589

WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis - 9.00pg- 5.00ptg
Jumaat : 9:00pg - 4:30ptg
Sabtu : 10.00pg - 3.00ptg
Ahad/ Cuti Umum: Tutup



** moga dapat membantu mereka yang memerlukan...



No comments:

Post a Comment