image November 2018 - Mia Liana

Saturday, 17 November 2018

Friday, 16 November 2018

Thursday, 15 November 2018

Tuesday, 13 November 2018

Rezeki Buah Kedondong

11/13/2018 08:25:00 pm 13 Comments

Rezeki dapat buah kedondong di pejabat. Alhamdulillah... Mia favourite makan buah ni. Makan fresh gitu je. Muda ke.. tua ke.. tak kira pun. Janji masuk mulut.



Throwback masa mengandungkan Sofea.. ada mengidam buah kedondong ni nak makan yang baru dipetik dari pokoknya. Dapat juga kat rumah rakan sepejabat di Pontian. Sanggup tu.

Ibarat macam makan keropok tengok depan tv. Jangan makan terlalu banyak sekaliarung.. boleh sakit perut nanti... Esok-esok pun boleh makan juga.

** kedondong lover....


Monday, 12 November 2018

For All Things Peranakan Dine At DoubleTree By Hilton Johor Bahru

11/12/2018 10:58:00 am 5 Comments

Hmmmm... good news for food lovers out there. Tickle your taste buds throughout the month of November with a visit to Makan Kitchen, the all-day dining restaurant at DoubleTree by Hilton Johor Bahru and savour Peranakan delights. Be filled with an array of Peranakan dishes such as Laksa, Nyonya fried rice, Nyonya Chicken Curry, Assorted Nyonya Kuih and many more!



Be sure to not miss the chance to build your own Pai Tee, a thin and crispy pastry tart – a popular Baba Nyonya dish.

Details of this promotion can be found as below:

Available for dinner only

Monday to Thursday : 
6:00pm – 10:00pm

Sundays: 
6:30pm – 10:30pm

RM 108 nett per adult | RM 54 nett per child


Enjoy this promotion at Makan Kitchen now until 30 th November 2018. For more information or to make a reservation please call +60 7 268 6868 or email JohorBahru.FB@hilton.com.


** media release...


Sunday, 11 November 2018

Makaroni Goreng & Teh O Suam

11/11/2018 07:55:00 am 6 Comments
Kisah menu sarapan Mia pagi ini. Alang-alang dah bersinggah sekejap ke Pasar Tani Bandar Baru Uda, terus bersarapan di sini. 


Makaroni goreng dan air teh o suam. Suka makan masakan Gerai Hasnur di medan selera depan Pejabat Pos Uda. Favourite Mia... makaroni goreng ni.... (^_^)


** wajib ambil sarapan pagi... sebab malam Mia tak makan....


Saturday, 10 November 2018

Lukisan Sofea 10.11.2018

11/10/2018 08:44:00 am 12 Comments

Lukisan Sofea tentang keadaan kelas semasa cikgu beritahu yang dia dapat nombor 1. Sweet pula dia lukis...

Jom tengok...


Mungkin kawan-kawan dalam lukisan ini merupakan kawan rapat Sofea semasa belajar di kelas. 

Terima kasih pada semua yang ucapkan tahniah pada Sofea.


** moga Sofea membesar dengan sihat dan cemerlang...


Friday, 9 November 2018

Sofea Dapat Nombor 1 Dalam Kelas

11/09/2018 05:58:00 pm 8 Comments

Kisah kelmarin.... betapa syukurnya Mia. Alhamdulillah... keputusan peperiksaan akhir Sofea telah pun keluar di Sistem SAPS. Linknya di SINI.

Tidak terucap dengan kata-kata sehingga mengalir air mata dengan sendiri. Seperti tidak percaya yang Sofea dapat nombor 1 dalam kelas dia. Lebih mengharukan lagi bila Sofea dapat nombor ke 20 dalam keseluruhan darjah 3. Ini bermakna Sofea bakal naik kelas lagi pada tahun depan. Bertambah risau Mia takut Sofea tak boleh catch up di kelas yang baru nanti dengan subjek matapelajaran yang semakin bertambah.

Makanya, balik sekolah petang hari itu, Mia belanja Sofea makan KFC. Suka Sofea...


Syukur sangat usaha dan doa Mia dah termakbul. Berkat kesabaran mendidik Sofea di rumah. Juga menghantar dia ke tusyen tahun ini.

Bagus juga ada tusyen...  pemahaman yang lebih jelas. Diakui prestasi pembelajaran Sofea meningkat mendadak pada tahun ini.

Study smart. Bukan 24 jam belajar. Ada masa belajar. Ada masa untuk bermain. Yang penting Sofea tak stress.


** hadiah terbaik buat Mia.... (^_^)


Thursday, 8 November 2018

Carta Pengkomen Tegar Oktober 2018

11/08/2018 12:09:00 pm 16 Comments




Carta Pengkomen Tegar Oktober 2018



No 1 - Fatin Syaza dengan 66 komen



No 2 - Etuza dengan 35 komen


No 3 - Cik Tie dengan 28 komen



No 4 - Shahida Dzulkafli dengan 28 komen



No 5 - Shafyqah Azahar dengan 21 komen



No 6 - Perdu Cinta dengan 13 komen




No 7 - ShirVen dengan 13 komen



No 8 - Normi Nieza dengan 12 komen




No 9 - Farahain ZFA dengan 11 komen



No 10 - Nurul Aqidah Azahar dengan 10 komen



** ribuan terima kasih pada semua yang tersenarai di atas... terima kasih atas sokongan yang diberikan....


Wednesday, 7 November 2018

Beli Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris'

11/07/2018 12:25:00 pm 24 Comments

Dah nak musim cuti sekolah hujung tahun. Mia ada beli buku tambahan untuk Sofea. 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris'. Join order online dengan rakan sepejabat yang umur anaknya lebih kurang sebaya dengan Sofea.

Yang bestnya grammar dan vocabulary dalam satu buku ini. Mudah nak faham kalau belajar sendiri sebab ada terjemahan bahasa melayu.








Bahan bacaan baru dan latihan untuk Sofea dalam memperkayakan pemahaman dan penulisan bahasa inggeris.


** berkenan sangat buku ini...


Sunday, 4 November 2018

Board Game Snake & Ladders

11/04/2018 11:49:00 am 7 Comments

Hmmm... semalam Mia beli board game 2 in 1, Chess dan Snake & Ladders di Giant Tampoi. Sofea request dan pilih sendiri nak board game yang ada magnetic. Senang nak main bila melekat kat board. 



Balik rumah, terus buka dan main dengan Mia. Main Snake & Ladders. Sofea menang. Mia kalah. Lepas ni dah boleh main Chess pula... Hanya perlu terbalikkan board. Mudah nak simpan bila tak main.

Legend betul board game ni... sejak Mia kecil lagi...


** sweet board game...


Saturday, 3 November 2018

Pameran Terbesar Eksklusif Hello Kitty & Watak Sanrio Di Asia Tenggara

11/03/2018 11:28:00 am 2 Comments

Kuala Lumpur, 2 November 2018 - Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.

Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!



Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak- kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa
Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini akan menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

The Plushy World - Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan.

Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:
• Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
• Warganegara Malaysia: RM33
• Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
• Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
* Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811. Untuk maklumat lanjut, layari www.oursanriotimes.my atau our sanrio times Malaysia di Facebook atau Instagram oursanriotimes.malaysia.


** hebahan media...


Friday, 2 November 2018

Thursday, 1 November 2018

Dah Dapat Buku Teks Tahun 4

11/01/2018 08:54:00 pm 6 Comments

Minggu ini minggu untuk pulangkan buku teks lama dan ambil buku teks untuk tahun depan. Sofea dah ambil buku teks tahun 4 semalam. Makin banyak pula bukunya....







Maka... dengan ini bermulalah sesi mak-mak untuk menyampul buku teks sekolah anak-anak dan kemaskini muka surat yang terkoyak. Adat buku pinjaman... kalau dah banyak bertukar tangan memang macam tu. Tidak mengapa, yang penting ilmu yang diperolehi nanti.

Naik risau Mia dengan pertambahan subjek baru dan pertambahan buku untuk subjek English. Banyak nak belajar ni. Yuran tusyen pun akan bertambah untuk cover subjek baru.


** moga Sofea dapat belajar dengan baik pada tahun depan...


Baru Jadi Ahli Member Caring Pharmacy

11/01/2018 01:13:00 pm 6 Comments

Rupanya tak susah mana nak jadi ahli member Caring Pharmacy. Hanya perlu download aplikasi mobile Caring Pharmacy di Play Store dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Baru semalam Mia cuba dan jadi member Caring Pharmacy.




screenshot dari aplikasi mobile Caring Pharmacy


Menariknya. Siap dapat 200 points selepas join jadi ahli. Untung kan...


** senang kalau dah jadi ahli... boleh kumpul points dan dapat kelebihan yang lain...