image Sofea Dapat Nombor 1 Dalam Kelas - Mia Liana

Friday, 9 November 2018

# Family Matters

Sofea Dapat Nombor 1 Dalam Kelas


Kisah kelmarin.... betapa syukurnya Mia. Alhamdulillah... keputusan peperiksaan akhir Sofea telah pun keluar di Sistem SAPS. Linknya di SINI.

Tidak terucap dengan kata-kata sehingga mengalir air mata dengan sendiri. Seperti tidak percaya yang Sofea dapat nombor 1 dalam kelas dia. Lebih mengharukan lagi bila Sofea dapat nombor ke 20 dalam keseluruhan darjah 3. Ini bermakna Sofea bakal naik kelas lagi pada tahun depan. Bertambah risau Mia takut Sofea tak boleh catch up di kelas yang baru nanti dengan subjek matapelajaran yang semakin bertambah.

Makanya, balik sekolah petang hari itu, Mia belanja Sofea makan KFC. Suka Sofea...


Syukur sangat usaha dan doa Mia dah termakbul. Berkat kesabaran mendidik Sofea di rumah. Juga menghantar dia ke tusyen tahun ini.

Bagus juga ada tusyen...  pemahaman yang lebih jelas. Diakui prestasi pembelajaran Sofea meningkat mendadak pada tahun ini.

Study smart. Bukan 24 jam belajar. Ada masa belajar. Ada masa untuk bermain. Yang penting Sofea tak stress.


** hadiah terbaik buat Mia.... (^_^)


8 comments:

  1. Alhamdulilah..
    Tahniah Mia..moga terus maju jaya dalam apa jua yang Sofea ceburi..

    Tahniah juga buat Mama Mia..

    ReplyDelete
  2. Yeay , kak ain tumpang rasa happy utk sofea..nanti kita spent time sama2 yer..

    ReplyDelete
  3. Syukur...moga Sofia menjadi anak cemerlang yang solehah...aamin.Teruskan tekun ya Sofia.

    ReplyDelete
  4. waaaa...tahniah.....mesti mama bangga sgt2....
    jemput singgah blog sy yer

    ReplyDelete
  5. Tahniah Sofea~ Study smart tu penting. Hehe

    Myra | https://thegreylinesbetween.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..bravo sofea, bravooooo! Nanti acik belanja food review ek 😂

    ReplyDelete