Big Fish Moment with Pizza Hut


Bigger fish! Big On Value!

Kami telah berjaya menaklukinya
Terukir keriangan di air muka
Sehingga terlupa segalanya
Menikmati kelazatan Fish King Pizza
Ikuti kisah kami selanjutnya

Hari itu adalah hari Sabtu, 29 Mei 2010. Kami memang cuti. Tiba-tiba di sebelah pagi, "Abang, Mia tengok kat peti sejuk ni banyak yang dah kosong, apa kata kita beli barang dapur arini? ". "Oh! ye ke? Abang tak perasan lah Mia. Eh! Dah pukul 10.00 ni, Mia siapkan anak. Kita keluar kejap lagi".

Sibuklah Mia menyiapkan anak dan menulis senarai barang-barang dapur yang hendak dibeli. Setelah siap, kami pun bergerak menuju ke pusat beli-belah yang di minati ramai... Jusco Bukit Indah yang terletak tidak jauh dari rumah kami.


Alamak...sampai-sampai je, terasa pula perut sudah berbunyi.. "Abang, apakata kita cuba makan pizza yang baru tu.", Mia bersuara. "Pizza yang mana satu?". "Ala.. yang tengah kecoh ni,  Fish King Pizza". "Ok, abang pun nak rasa juga, tengok kat tv tu macam kecur je".


Apalagi kami terus menuju ke Pizza Hut di kawasan Restaurant Street. Dan kini bermulalah babak-babak kemuncak kami di Pizza Hut.


Hmmm.. lazatnya. Susah juga nak buat pilihan. Tapi hati dah teringin sangat hendak makan Fish King Pizza. "Nak Fish King Pizza Set 1 lah". "Itu saja". "Ok, sila tunggu sebentar".


Kami menunggu agak lama sedikit. Maklumlah ramai betul yang datang ke Pizza Hut. Nak duduk pun kena tunggu giliran.


Apalagi dah sampai semuanya. 
Hmm... betul-betul baunya menusuk ke hidung. 
Tak dapat bayangkan. Jom serbu makannn... 


"Meh, Abang tolong ambilkan. Ni untuk Mia"
"Eh! Terima kasih, Abang"
"Ni Mia tolong ambilkan untuk Abang juga.."


Cara suami Mia sebelum menikmati pizza. Nampak kecurrr....

Menikmati ikan Alaskan Pullock yang dicicah dengan sup. Sedapppp....


Mia suka perah limau dulu baru ngaaapppp...

Suami Mia suka letak sos cili dan keju baru ngapppp...


Nyum..nyum... Fish King Pizza...
Sofea pula seronok menikmati garlic breadstix


Wajah-wajah kami yang keriangan semasa dan selepas menikmati Fish King Pizza

Pekerja Pizza Hut yang penuh dengan senyuman.
"Terima kasih. Sila datang lagi"

Kenangan di Pizza Hut takkan dilupakan.
"We love Fish King Pizza"

Selepas itu, barulah kami meneruskan hajat kami untuk membeli-belah barang-barang keperluan dengan senang hati dan gembira. Tak perlu fikir hendak makan di mana lagi. Semuanya ada di Pizza Hut.

Begitulah kisah kami. Anda pula bagaimana? Kami telah merasainya.. keenakan jejari ikan Alaskan Pollock yang diimport khas. Diringi dengan kelazatan campuran crabsticks, Mozarella cheese, roasted capsicums, yellow onions dan juicy pineapples. Semuanya di dalam cool lime mayo sauce yang akhirnya menjadi Fish King Pizza...

Post a Comment

8 Comments

  1. Baru perasan ada 2 post la entry ni :) Salam kak mia. Mekasih sudi follow fiza ye. Wow!!! sangat menarik itu pizza! Mau cube lah esok.. hehehe

    Sedih baru nampak contest yang kak mia buat.. :( tak sempatlah nak mengkreatifkan otak menjawab soalan bagai. 20 tu!!!! huwaaaa

    Jusco bukit indah ye?? dekatlah ngan u fiza.. UTM. psst tak lah dekat mana pun.. jauh ke dalam jusco tu. hehehe Fiza makan big apple and A&W pun kat ctu..

    Big Apple Haram?

    ReplyDelete
  2. Selalu gi jusco situ. Semua ada. Tu yang dekat rasanya.

    Ada dua entri untuk contest pizza. Masa submit url entri pertama ada error. Terpaksa buat yang ke-2 ni, yang berjaya di submit ke form contest Pizza Hut.

    ReplyDelete
  3. oh macam tu.. wah selalu berbelanje kat jusco? mahal tu.. :)

    ReplyDelete
  4. pizza kat sini dah di conquer oleh mereka 3 beranak ni :-)

    ReplyDelete
  5. good luck..
    nice entry.. ada peluang nak memang..

    ReplyDelete
  6. Aril link apa ye? link blog?

    klik sini blog fiza

    ReplyDelete