image Kontroversi Shoutbox Di Blog Kak Pah Telah Selesai - Mia Liana

Thursday, 29 December 2011

# Blogger Aktif

Kontroversi Shoutbox Di Blog Kak Pah Telah Selesai


Ada sedikit kontroversi telah berlaku apabila peserta Kpah K-Poh yang juga dikenali sebagai Kak Pah, deejay GomoFM dimasukkan ke dalam Group 1. Mia sebenarnya tidak terfikir dan kisah sangat pasal hal ini sebab Kak Pah memang ada shoutbox pun.

Masalahnya sekarang ini, ada komplen skit dari beberapa blogger menyatakan blog Kak Pah tiada shoutbox tetapi ada shoutbox di blog lain. Jika mahu shout terpaksalah pergi ke blog ShoutHere. Ini bermakna semua peserta segmen mendapat 1 trafik tetapi Kak Pah mendapat 2 trafik dan berlakunya ketidakadilan. 

Mia ingin minta maaf banyak-banyak kepada Kak Pah kerana dengan menyertai segmen ini, Kak Pah terpaksa meletakkan shoutbox di blog utama bukan lagi di blog ShoutHere. Terasa begitu bersalah sangat di dalam hati ini. Pengorbanan yang begitu besar sekali dan Mia amat hargainya.

Kak Pah telah buat entri memohon maaf pada hari semalam di sebelah pagi, MAAF KEKELIRUAN TENTANG KOTAK SHOUT dan penjelasan lebih lanjutnya di sebelah petang pula, SELESAI SUDAH.

Terima kasih di atas penjelasan Kak Pah. Mia ingin minta maaf di atas segala kesulitan yang dialami ketika join segmen Mia ni. Harap Kak Pah dapat terima semua ini secara membina dan positif.

p/s: Kak pah memang terbaeeeekkkkk!

12 comments:

  1. tak de masalah mia...yg pentinng semua dah selesai....heee

    ReplyDelete
  2. wah....setel sudah!! dah mcm isu sebelom berakhirnya 2011...kita mcm retis lah kpah ni......fewitttttt

    ReplyDelete
  3. @kpah k-poh terima kasih ya kak pah... baru lega rasanya hati mia ni..

    ReplyDelete
  4. @tunz tu la.. kak pah glamer sangat... retisss pun ya juga... :)

    ReplyDelete
  5. @ADZA IRDAWATI aka MAK DARA haah.. mak dara. kontroversi dapat diselesaikan dengan cara aman... :)

    ReplyDelete
  6. kakyong sebenarnya kurang suka tinggalkan komen di shoutbox.. lebih suka komen di n3..

    ReplyDelete
  7. @kakyong masalahnya kak yong, kita kena juga ambik berat masalah pengunjung. kadang2 diorang malas nak komen. kadang2 internet lembap, susah nak komen. macam-macam lagi la. fikir positif je...

    ReplyDelete