image Segmen | Promosi Header Dan Nama Blog Saya ! - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 27 January 2012

# Blog Tagging

Segmen | Promosi Header Dan Nama Blog Saya !

Header Blog



FB Page. Silalah like....

Header blog ini Mia buat sendiri. Mia memang selalu tukar-tukar header dan background. Kalau dah boring asyik tengok tu je, nanti Mia akan tukar lain. Untuk header yang kali ini, Mia memilih gambar kami sekeluarga yang sedang menikmati juadah makan malam di Damai Seafood Village. Suasana persekitaran yang ala-ala kampung dan menyamankan. Menampakkan suasana keluarga yang bahagia dan harmoni.

Dibawahnya ada kata pujangga dari Henry Ward Beecher mengatakan "We never know the love of our parents till we become parents". Kasih sayang ibu bapa yang tidak ternilai harganya. Bila dah jadi ibu bapa, barulah kita tahu apa itu maknanya cinta dan kasih sayang terhadap anak.

Nama blog ini, Mia Liana. Nama Mia Liana dipilih sebab melambangkan kelembutan dan keayuan wanita. Jauh beza dari nama sebenar Juliana dan nama di emel, Eli Liana. Jadi kalau ada sesiapa panggil dengan nama Mia Liana, memang confirm datangnya dari blog ini. Senang dan mudah, tak perlu nak tanya lagi.

p/s: Segmen ini dianjurkan oleh Fya. Mia terjumpa segmen ini semasa blogwalking tadi. Sesiapa yang berminat, boleh lah join dengan klik SINI. Tarikh tutupnya ialah pada 6 Februari 2012.

12 comments:

  1. akak di tag..

    http://masrinasidek.blogspot.com/2012/01/giveaway-by-nouveau-closet.html

    ReplyDelete
  2. nice lha akak. even da kawen, da ade anak, stil enjoying dengan blogging. jiwe mude gitu. hehe. semoga berbahagia selalu :)


    mekasih join and done like your fan page too :)

    ReplyDelete
  3. @Masz Sidek terima kasih masz. trus juga akak buat arini...

    ReplyDelete
  4. @FYA PELANG! uikkk heheheh... tetiba rasa segan plak...

    ReplyDelete
  5. tahniah :) http://fyapelangi.blogspot.com/2012/02/pemenang-segmen-promosi-header-dan-nama.html

    ReplyDelete