image Segmen YY | Mengapa saya Berblogging - Mia Liana

Tuesday, 3 January 2012

# Blog Tagging

Segmen YY | Mengapa saya Berblogging


Kenapa Mia berblogging ya... Hmmm.. agak complicated kalau nak diceritakan. Tiba-tiba rasa segan pulak. Mia dapat tahu tentang segmen Yana ini melalui Yana sendiri yang tinggalkan mesej di shoutbox Mia.

Pada mulanya blog ini hanyalah menjadi storage untuk menyimpan maklumat daripada email yang diterima. Sampai penuh inbox. Nak dibuang pula sayang. Jadi Mia copy kan ke dalam blog. Blog ini pula hanyalah untuk kegunaan peribadi. Tiada expose pada orang luar. Masa itu, blog ini diwujudkan pada tahun 2007 dengan url http://mialianas.blogspot.com dengan erti kata lain Mia Liana yang punya sebab ada huruf S di belakang.

Nama Mia Liana dipilih sebab melambangkan kelembutan dan keayuan wanita. Jauh beza dari nama sebenar Juliana dan nama di emel, Eli Liana. Jadi kalau ada sesiapa panggil dengan nama Mia Liana, memang confirm datangnya dari blog ini. Senang dan mudah, tak perlu nak tanya lagi.

Lama-lama kelamaan Mia mula bercerita tentang kehidupan Mia sebagai pelajar, isteri, surirumahtangga dan wanita yang bekerjaya. Pada tahun 2010, Mia kembali aktif dengan blog. Masa itulah baru letak iklan Nuffnang. Bila dah ada Nuffnang, makin hebat lah berblog di tambah pula dengan Project Alpha. Syookkkk... dapat side income...

Lagi syok bila Mia dapat Dermasiswa OUM selama 2 tahun berturut-turut (alhamdulillah...syukur...), jadi blog ini seolah-olah sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar OUM yang lain di seluruh Malaysia secara tidak langsung. Tak perlulah cerita pasal CGPA kat sini, malu lah. Blog ini juga tempat untuk menjawab pertanyaan pelajar tentang bagaimana Mia boleh atasi pengurusan masa dengan cekap. Berat nak jawab, tapi jawab juga lah. Siap masuk majalah korporat OUM lagi... terharunya...

Contest terbesar peringkat negara (rasa ngeri nak sebut) yang Mia join DiGi WWWOW Awards dan MRT Logo Contest. Bertambah ramailah kenalan Mia selepas itu. Best tau.... Semuanya dari blog, sokongan bloggers yang padu di alam maya terhadap Mia dan kawan-kawan lain di alam nyata. Fiuhhh... tak larat nak cakap apa...

Blog ini bertukar ke Mialiana.com pada hari lahir Mia tahun lepas, bulan Januari 2011, hadiah dari Suami Mia. So sweet... Tahun ini punya domain dah di renew oleh Suami Mia akhir bulan Disember yang lepas. Sukanya. Betapa Suami Mia amat menyokong Mia di dunia blogging ini...

Yang penting, Mia sangat sayang kepada semua pengunjung blog ini. Kalau lah dapat berhubung dengan silent readers lagi bagus... 

Nampaknya itu sahajalah kisah tentang Mia. Mia nak tag Kimmie dan Kutooo Bamboo. Nak tahu juga sebab mereka berblogging ni...

p/s: yang lain-lain kalau berminat, jom lah join sama....

26 comments:

  1. Yeaaah, seronok nyer akk sudi join segmen yana. Berblog nie best jugak, sebab kita boleh kenal dengan ramai org. Bila info terkini pun lagi cepat kat blog dari berita kan,.. Happy Blogging, :))

    ReplyDelete
  2. @!! YaNa YassiN !! Hehehe... segan plak tiba2. Kalau Yana tak beritahu, tentu Kak Mia tak tahu pasal segmen ini.

    Berblog memang best. Penangan blog terlalu hebat sampai berita pun boleh kalah sekarang ni...

    Yana pun hebat... selamat berblogging ya...

    ReplyDelete
  3. wah..panjang cerita mcm mna berblogging..mcm bez lak baca..

    ReplyDelete
  4. dari tempat nak simpan email dah jadi blog yg bagus..:)

    saya dah join, terima kasih tag..klu tak mmg tak tahu segmen ni :)

    ReplyDelete
  5. good2.....happy blogging....sy pengunjung tetap blog ni hehe....semoga terus berjaya :)

    ReplyDelete
  6. memang byk kebaikan jika kita pandai aplikasikan blog kita...good luck untuk kita semua 2012 ni yer...lotih den...narik budak pegang pintu kelas.....x nak masuk kelas.....chubby lak tu..apa leh wat..dah namanyer ckgu djh 1 kan...huhuhu

    ReplyDelete
  7. kak mia memang terbaik...Otai hebakk tuh :)

    p/s: bukan berita mengandung la hihi nakal la akak ni, yg 3 org ni pun tak terjaga ni, apatah lg kalo tambah 4 hihi stop dulu, 5 tahun lagi la hehe

    ReplyDelete
  8. mmg terbaik... tp harap tahun ni kak mialiana akan terus sukses n bole kuar tv n surat khabar.. rasa2 ini impina kak mialiana kan?

    ReplyDelete
  9. seronok dpt kenal akak
    heeee

    selamat kenalan kak :))

    ReplyDelete
  10. alahai baca entry kak mia rasa tak puas jer..tulislah panjang2 lagi pasal akak..hehe..

    ReplyDelete
  11. wow.. baru perasan follower Mia jer dah 6K.. tahniah.. tp lebih best kalo dpt komen sampai ratus2 sehari kan.. ;)

    ReplyDelete
  12. Wahh menarik cerita ni ,lain dari yang lain. Tak pernah terfikir org paste email dalam blog...

    Saya follow sini

    Harap dapat kenal2

    Latest entry

    thehehslady.blogspot.com/2012/01/spontaneous-thursday-2-review-blogger.html

    ReplyDelete
  13. @DOMU-KON uikkkk hehehehe.. tiba2 terpanjang pulak menaip karangan ni...

    ReplyDelete
  14. @Kimmie tu la kan? mesti takde orang buat lagi hehehhe... abis pecah rahsia kak mia ni...adeiii

    ReplyDelete
  15. @missNick wah.. terima kasih ya.. sudi datang sini... terharunya...

    ReplyDelete
  16. @tunz tu la mama. terpulang pada kita sendiri nak corakkan blog ni dengan gaya apa...

    uikkk tentu bz layan karenah budak2 darjah 1.. selamat mengajar..

    ReplyDelete
  17. @✿Ummi Myra✿ hehehhe... amira. blogger biasa je, kak mia ni.... #moodsegan

    ReplyDelete
  18. @kutoOobambOo / ericoanaci terima kasih. uikkkk terkejut beruk ni, tak terfikir pun untuk kuar tv ataupun suratkhabar.... hehehhe.. jauh panggang dari api....

    ReplyDelete
  19. @Prettywrite uikkk hehehhe.. cukup lah n. kang lebih2, ada pula yang kata kak mia ni over2 plak...

    ReplyDelete
  20. @kakyong terima kasih kak yong. mia tak kisah sangat pasal komen2 ni. yang penting bagi mia blog kena update selalu.

    ReplyDelete
  21. @A'ishah Kamaludin terima kasih... begitulah kisah benarnya...

    salam kenal ya.. dan kak mia dah follow balik.

    ReplyDelete
  22. jom tgk knapa fendy berblogging?

    http://fendy1302.blogspot.com/2012/01/segmen-yy-mengapa-saya-berblogging.html

    ReplyDelete