DiGi WWWOW Awards 2012 - Terima Kasih Kepada Semua Yang Mengundi Mialiana.com

DiGi WWWOW Awards 2012 - Terima Kasih Kepada Semua Yang Mengundi Mialiana.com

klik pada gambar untuk besarkan

Pertama kalinya Mia nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang sudi mengundi Mialiana.com setiap hari. Kedudukan terakhir Mia pada masa tamat pengundian tengah malam tadi ialah di rank ke 2.

Keputusan masih lagi belum ada kerana bermula hari ini, blog akan dinilai oleh pihak juri (pengadil) sehingga 31 Mei 2012. Tahun ini tidak sama seperti tahun lepas dimana tahun lepas pemenang dinilai dari jumlah undian tertinggi semata-mata. Tahun ini ada 2 peringkat iaitu 50 finalis terakhir bergantung kepada undian tertinggi akan dinilai oleh pihak juri dan ini bermakna tidak semestinya berada di rank tertinggi boleh menang. Semuanya bergantung kepada markah yang akan diberikan oleh pihak juri. Terpulang kepada pihak juri nak pilih siapa yang layak untuk menang.

Syarat-syarat di dalam kategori Nuffnang Blogger of the Year :-
  1. A blog is really a platform to express your views, personality, opinions and feelings online. We’re looking for someone with a truly unique voice, who has used blogging to share a part of themselves with others online
  2. There is no restriction or limitation to how you use your blog, as long as your stories are as original and creative as you are
Apa-apapun Mia dah usaha yang terbaik kali ini. Begitu juga dengan semua peserta kempen (sama ada melalui blog, facebook ataupun twitter) yang bertungkus-lumus mempromosikan kempen Mialiana.com di merata-rata tempat. Tidak lupa juga kepada semua sponsor yang sudi bekerjasama dan membantu Mia.

Mia juga mendapat sokongan penuh daripada Open University Malaysia dan beberapa blog yang lain.

Peserta Kempen

Sponsor

Full Support From


Terima kasih banyak-banyak ya kerana sudi menyokong blog Mia ini. Terharu rasanya dan rasa begitu dihargai... sayang anda semua ketat-ketat.

p/s: masih menaruh harapan dan sentiasa berdoa... tolong doakan Mia ya...

Post a Comment

8 Comments

  1. ok juga walau pun tempat kedua.. kena banyak belajar lagi.. cuak jugak tgk Shafial Egbal tu.. power.. hu3. tp tak per.. no.2 dah kira ok.. sllu yg no.2 lah yang akan meyerlah dari no. 1.. hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. kita berdoa sahaja la sekarang ni...

      Delete
  2. insyaAllah mia kalau ada rezeki mia akan menang tahun ni berdasarkan kempen yg telah di buat :)

    ReplyDelete
  3. oh kalau bergantung kepada pihak juri...bolehlah kebarangkalian menang tu ada ye tak?Semoga Berjaya!

    ReplyDelete