Blogger Aktif


Masih ingat tak lagi pada akhir bulan Disember tahun lepas, Mia ada buat segmen Blogger Aktif. Segmen tersebut telah pun mendapat sambutan di luar jangkaan Mia dan link blog semua peserta yang berjaya telah disenaraikan mengikut group seperti dibawah.



Group 1
Group 3
Group 5
Group 7
Group 9
Group 11
Group 13
Group 15
Group 17
Group 19
Group 21
Group 2
Group 4
Group 6
Group 8
Group 10
Group 12
Group 14
Group 16
Group 18
Group 20
Group 22


Tujuannya bagi memudahkan Mia dan pengunjung blog ini berblogwalking ke blog-blog mereka sambil kenal-kenal. Mia telah paparkan di side bar blog ini hampir 6 bulan bermula daripada 1 Januari 2012 sehingga pertengahan bulan Jun 2012.

Sekarang ni, Mia telah letakkan sementara semua senarai blog-blog ini di blog Chit Chatting With Liana supaya Mia senang nak blogwalking, memandangkan sekarang blog ini telah jadi 2 column daripada 3 column sebelumnya. Banyak widget di side bar terpaksa dikeluarkan termasuklah senarai Blogger Aktif ni. 

Hmmm... masih berfikir panjang nak buat segmen Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com #2 ke tak untuk senarai blog baru sehingga akhir tahun ini? Susah juga nak buat keputusan. Sebab nanti nak juga  letak di side bar blog ini. Bila dah 2 column ni, agak payah nak buat keputusan.. Kalau nak buat segmen ini, Mia tak boleh buka lama-lama, mungkin dalam 7 hari je. Entah ada orang nak join ke tak ni... Risau juga. Tengok dululah macam mana...

p/s: masih belum putuskan lagi...

Post a Comment

12 Comments

  1. Nur memang asing bloglist sebab nak mudahkan blogwalking.. Kalau ada masa elok juga buat utk tambahkan kenalan, terutama dengan blogger baru.

    ReplyDelete
  2. xtahu camner nk wat bloglist yg bleh mudahkn tuk blogwalking . ade x cara mudah ? ? ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pula... ada macam2 cara sebenarnya. terpulang pada kita nak yang macam mana...

      tapi mia lebih suka cara yang macam ni.. sekali klik terus buka 5 blog terus...

      Delete
  3. better create satu page utk blogger aktif & letak link kt main menu.. so x perlu kacau area side bar dh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmma.. bagus cadangan caliph tu. kak mia memang takleh nak letak kat side bar lagi dah.... huhuhuh... thanks ya..

      Delete
  4. idea yang baik .. bantu blogger baru .. boleh letak bloglist di blog lain ke?.. mcm mana cara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... cam tu la nak support blogger baru. blog lain tu, teratak liana tu blog mia yang kedua.. kalau letak kat blog orang lain, tak tahula plak..

      Delete
  5. Insya-allah berjaya..Jangan Putus asa!

    ReplyDelete
  6. Hebat dan terima kasih kerana join JOHORIAN BLOGGER! Nak tanya boleh.. sudah berapa lama aktif berblogger ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermula dengan blog mialianas.blogspot.com pada tahun 2007 dan menukar kepada domain mialiana.com pada tahun 2011...

      aktif berblog sejak 2010..

      Delete