image Mialiana.com Di Review Oleh Sop - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 6 August 2012

# Blog Tagging # Community

Mialiana.com Di Review Oleh Sop

Mialiana.com Di Review Oleh Sop

Pertama kalinya Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Sop kerana memberikan pandangan dan komen terhadap blog ini. Segannya Mia. Sop ni dah pecahkan pula rahsia Mia berblogwalking. Adusss.. itu masa Mia sibuk belajar OUM dulu. Sekarang bila sudah habis belajar, Mia dah buat semua sendiri.

Suka betul baca cara sop review blog Mia tu. Teratur dan tersusun. Ala.. kalau nak komen banyak-banyak pun tidak mengapa, Mia boleh terima dengan cara yang positif.

Bukan senang nak capai sehingga ke tahap ini. Macam-macam yang Mia telah lalui. Suka dan duka. Kena kutuk lagi. Rasa macam nak menangis pun ada masa tu. Tapi Mia anggap itu sebagai pembakar semangat untuk Mia terus berubah kepada yang lebih baik dan berblogging seperti biasa. Masih banyak lagi ilmu blogging yang Mia patut pelajari. Kata orang, belajar daripada susah dulu, kan?

Dalam banyak-banyak benda yang Mia ubah untuk jadikan blog ini yang terbaik. tup..tup...tup ada satu benda yang Mia terlupa. Memang nak buat dulu. Tapi bila dah buat benda lain terus terlupa. Terima kasih ya Sop tolong ingatkan Mia.

Mungkin lepas ini, Mia akan belajar untuk cuba naikkan page rank pula. Jeles juga tengok rata-rata blogger dah naik page rank. Jeles macam ni dibolehkan.. jeles yang lain tidak boleh ya..

Apa-apa pun semoga Sop sukses selalu ya.. Lama juga kita ni dah kenal. Sop sekarang pun dah dikira kategori blogger yang otai, hebat dan matang. All the best !

Jom tengok apa yang di review oleh Sop di SINI. Macam mana Sop boleh review blog Mia ada dalam entri INI.

p/s: sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik....

18 comments:

  1. Wah! Bestnya.

    Seronok baca... Haaa.. Baru tau tips blogging Puan Mia... kantoi. Kih3.

    Semoga terus sukses dalam arena blogging ini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya mirul.. ala dulu masa busy dengan study memang tiada masa sangat. sekarang ni, baru ada masa untuk blogging sepenuhnya...

      Delete
  2. dah baca dah.. hehehe,
    baby doakan semoga kak mia terus & terus berjaya ye..
    i'm happy 4 u kakak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya baby. Sudi support kak mia. Touchingnya...

      Delete
  3. sy x brani nk request review ni sbb sidebar sy tgh serabut, haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe caliph. nanti bila dah disusun semula, boleh juga join review ni..

      Delete
  4. Dah terjah sop tadi..everything positive..well done..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. haah.. memang best dan kita pun tahu kat mana kekurangan kita... :)

      Delete
  6. terima kasih Mia atas entry balas ini :)
    Semoga maju jaya dan sama-sama kita menjadi blogger tegar yerk! Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sop.. mia pun begitu juga. all the best untuk sop..

      Delete
  7. terbaik kak mia hehee ^_^
    jom sama2 naik kn page rank kite :)

    ReplyDelete