image #SesuaiUntukSis – Head & Shoulders Bantu Kaum Hawa Berhijab Atasi Masalah Kulit Kepala - Mia Liana

Tuesday, 2 February 2021

# Informasi Semasa

#SesuaiUntukSis – Head & Shoulders Bantu Kaum Hawa Berhijab Atasi Masalah Kulit Kepala

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2021: Tiga daripada empat rakyat Malaysia menderita kerana mengalami masalah kulit kepala, dan kebanyakan penderita terdiri daripada wanita berhijab. Kelemumur dan kulit gatal adalah antara dua cabaran yang paling lazim dihadapi oleh wanita berhijab yang menderita daripada masalah kulit kepala. Menurut wanita-wanita berhijab serta pakar-pakar yang dirujuk oleh Head & Shoulders, walaupun rambut seseorang pemakai hijab tidak terserlah pada warga umum, masalah kulit kepala ini sering menjejaskan keyakinan dan harga diri wanita berhijab.



Jenama syampu No.1 di dunia, Head & Shoulders kini mempunyai misi untuk membantu wanita berhijab memahami kepentingan merawat masalah kulit kepala dengan cara serta amalan yang #SesuaiUntukSis.

Justeru itu, Head & Shoulders telah berkerjasama dengan pakar dermatologi terkenal, Dr. Alina Hasni serta penata gaya hijab selebriti, Eka Jamaludin, bagi memanfaatkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam membantu wanita berhijab meningkatkan penjagaan kulit kepala.

Ketua Pegawai Eksekutif Dermalene Sdn Bhd, Dr. Alina Hasni, berkongsi bahawa wanita berhijab sering bergelut dengan masalah kulit kepala, kerana iklim Malaysia yang lembap adalah tidak baik untuk kulit kepala yang tertutup. Ia sering menyebabkan kulit kepala menjadi lembap, akibat perpeluhan dan amalan yang dilakukan selepas mandi.

“Iklim Malaysia kita ini sememangnya tidak mesra terhadap wanita berhijab. Setelah memakai hijab untuk jangka masa panjang, kulit kepala mereka akan berasa gatal dan tidak selesa kerana tiada ruang untuk bernafas. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila ramai wanita sering memakai hijab tanpa mengeringkan rambut dengan baik, atau semasa rambut masih basah, sekaligus mewujudkan persekitaran kulit kepala yang lembap,” kata Dr. Alina.

Sebenarnya, ada ramai wanita berhijab yang kecewa dengan jenama-jenama syampu kosmetik, dan selain itu, tidak kurangnya juga mereka yang memilih amalan serta rawatan tradisional untuk penjagaan rambut dan kulit kepala.



Menurut nasihat Dr. Alina, walaupun kita tidak dapat mengubah iklim kita, kita dapat mengubah cara kita menguruskan rutin rambut dan kulit kepala, di samping memilih syampu yang sesuai untuk membantu kita menangani masalah kulit kepala.

“Ramai pesakit saya mengadu syampu mereka tidak berkesan, dan bertanya sama ada mereka harus menggunakan limau purut untuk menggantikan syampu mereka dalam menangani masalah kulit kepala. Sering kali, syampu anda tidak berkesan kerana anda tidak memberikan perhatian kepada ramuan semasa memilih syampu yang sesuai untuk diri anda. Memilih syampu yang betul sangat penting, kerana ia adalah barisan pertahanan pertama yang paling kritikal untuk menangani kelemumur, kulit gatal, dan kulit kepala kering.”

Dalam usaha mencari penyelesaian untuk masalah kulit kepala mereka, wanita berhijab biasanya akan menukar jenama syampu sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan. Ini membuktikan produk yang digunakan oleh mereka biasanya gagal memberikan kelegaan.

Dr. Alina menasihatkan wanita berhijab supaya sentiasa memberikan perhatian kepada ramuan sebelum memilih produk rambut - syampu yang terbukti secara klinikal adalah paling berkesan dalam mengatasi masalah kulit kepala. Beliau menyarankan syampu yang mengandungi zinc pyrithione (ZPT), sejenis bahan aktif yang melawan kelemumur dan kegatalan kulit kepala dengan ciri-ciri antikulat, antibakteria, dan antimikrob. Berbanding dengan ketoconazole, satu lagi bahan antikulat yang popular, ZPT kurang mengeringkan kulit dan mampu menyelesaikan masalah kulit kepala secara berkesan, selain membantu rambut kekal terhidrat.

“Semua varian Head & Shoulders mengandungi ZPT, dan berkesan mengatasi pelbagai masalah kulit kepala yang paling lazim dihadapi. Semasa mencuci rambut dengan Head & Shoulders, pengguna harus membiarkan syampu di kulit kepala untuk kira-kira 5 minit sebelum membasuh dengan air, bagi memastikan bahan aktif mempunyai masa untuk bertindak di kulit kepala,” jelas Dr. Alina.

Daripada sesi perkongsian di bilik solek sehingga ke penggayaan hijab di lokasi penggambaran, masalah rambut dan kulit kepala yang dihadapi kaum wanita berhijab bukan satu perkara asing bagi Eka Jamaludin. Sebagai penata gaya hijab selebriti sejak 3 tahun dahulu, Eka telah membantu ramai selebriti menggayakan hijab, seperti adik-beradik Syatilla dan Syifa Melvin, serta penyanyi Aina Abdul.

“Masalah kulit kepala dalam kalangan wanita berhijab adalah sangat biasa, bahkan selebriti turut tidak terkecuali. Masalahnya, wanita berhijab sering kurang mengutamakan penjagaan kulit kepala berbanding dengan penjagaan kulit, kerana kulit kepala dan sebarang masalah yang berkaitan akan disembunyikan di bawah hijab. Walaupun kulit kepala mereka mungkin tidak terserlah pada warga umum, masalah kulit kepala boleh menjejaskan harga diri mereka, menimbulkan ketidakselesaan dan kegelisahan, serta menyebabkan mereka tidak mahu berdepan dengan khalayak ramai.”

“Saya sentiasa mengingatkan pelanggan saya bahawa penjagaan kesihatan kulit kepala sangat penting untuk pemakaian hijab dan membolehkan mereka berada di khalayak ramai tanpa ketidakselesaan. Salah satu petua penting yang ingin saya kongsikan - pastikan anda mengeringkan rambut dan kulit kepala dengan baik setelah mencuci dengan syampu, serta memakai hijab yang longgar untuk keselesaan maksimum. Rutin yang sihat untuk rambut dan kulit kepala ini sangat sesuai untuk pemakai hijab.”

Selari dengan usaha gigih jenama untuk membekalkan maklumat tepat kepada rakyat Malaysia mengenai penjagaan rambut dan kulit kepala, Head & Shoulders ingin menyampaikan kepada wanita berhijab bahawa masalah kulit kepala dapat diatasi. Selaku jenama yang terbukti secara klinikal, Head & Shoulders berkesan untuk menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala yang dihadapi wanita berhijab.

Pengarah Jenama P&G Hair Malaysia, Jessica Biscocho-Encarnacion berkata, “Wanita berhijab tidak harus menghadapi masalah ini bersendirian, dan sebab inilah kami melancarkan kempen #SesuaiUntukSis menerusi kerjasama dengan pakar-pakar pemakai hijab yang memiliki kepakaran dalam bidang mereka masing-masing.”

“Kami tidak percaya akan penyelesaian yang bersifat sementara. Syampu Head & Shoulders dirumus khas untuk membantu setiap pengguna yang mengalami masalah kulit kepala seperti kelemumur dan kulit gatal - termasuk wanita berhijab – untuk mencapai 100% bebas kelemumur dan kulit gatal untuk selama-lamanya. Kami ingin menyedarkan mereka, dengan menerapkan syampu kami ke dalam rutin penjagaan kulit kepala mereka, mereka akan dapat mengembalikan keyakinan dan keselesaan mereka sepanjang hari.”

Selain sesi perkongsian oleh dua pakar, kempen #SesuaiUntukSis Head & Shoulders bertujuan menggalakkan wanita berhijab tampil ke hadapan untuk berkongsi rutin dan petua penjagaan kulit kepala mereka bagi membantu wanita berhijab yang lain.

3 comments: