image Mia Liana

Friday, 5 March 2021

Rezeki Dapat 3 Buah Buku Ilmiah Ustaz Ebit Lew

3/05/2021 05:10:00 am 6 Comments
Alhamdulillah.... syukur sangat rasanya. Tak sangka rezeki dapat 3 buah buku ilmiah Ustaz Ebit Lew dalam minggu ini. Jom tengok.....
 

Bestnya dapat bahan ilmiah yang sangat bermotivasi dan keagaamaan. Mia ada join aktiviti di FB DenaiHati Network dengan beberapa blogger Johor yang lain. Terima kasih ya.


Mia memang follow Ustaz Ebit Lew sehingga Sofea pun ada join aktiviti program motivasi ProKids Tour Johor di SINI. Sebuah Program Kembara Intelek dan Sahsiah yang dipimpin sepenuhnya oleh Ustaz Ebit Lew.

** bahan bacaan yang amat berguna...


Thursday, 4 March 2021

Wednesday, 3 March 2021

Kata-Kata Madah (402)

3/03/2021 06:08:00 am 7 Comments
Jangan mengira


Menjadi orang baik itu bukan satu hal yang mudah

kadang dipandang berpura-pura, pencitraan

bahkan sering difitnah tapi bagi mereka

yang tulus akan tetap melakukannya

sebab kebaikan itu tidak  perlu

pengakuan manusia.



Tuesday, 2 March 2021

Monday, 1 March 2021

Zipping into More Chocolate and Better Wafer with Cadbury

3/01/2021 04:53:00 pm 2 Comments
PETALING JAYA, 1 March 2021 - Cadbury Malaysia, under the global food company Mondelēz International, has launched its all-new Cadbury Zip. This delightful snack comes with an improved, mouth-watering new recipe as part of the brand’s strategy to refine their line of products.

With Malaysians staying at home for most parts of the day due to current circumstances, these sticks of goodness can be enjoyed by everyone in the family, used in dessert recipes or even served as the perfect tea time snack to have with friends over Zoom to Zip through dull moments.



So what’s different with this new Cadbury Zip as compared to its predecessor? The original chocolate base is now replaced with Malaysia’s favourite smooth & creamy Cadbury Dairy Milk. It is also enhanced with 20% more chocolate than before as the new recipe ensures every bite is packed with chocolatey goodness. Not stopping there, Cadbury also developed a recipe to ensure the wafer is consistently crispy to guarantee a satisfying crunch that perfectly complements the chocolate in every bite.

The all-new Cadbury Zip comes in refreshed pack sizes with a striking red ‘Z’ splashed across the iconic purple packaging.


RM1.00 for 16.2g


RM1.90 for 31.7g


RM4.70 for 95.1g (3 x 31.7g)


RM9.90 for 162.5g (20pc)



It is available on Shopee at the price of RM1.00 for Cadbury ZIP Trial Pack, RM1.90 for Cadbury ZIP Big Singles, RM 4.70 for Cadbury ZIP Value Multipack and RM9.90 for Cadbury ZIP Sharebag. Shopee has seen a growing demand for snacks on its platform, with half a million snacks including chocolates and biscuits being purchased between 11 and 15 January 2021 when the second Movement Control Order (MCO 2.0) was announced.

In celebration of this new chocolatey wafer bar, chocolate lovers will get a free sample of the new Cadbury Zip with any purchase from the official Mondelēz International store on Shopee from now while stocks last. The sample also comes with a QR code where users can redeem vouchers to earn a discount on their next Cadbury Zip purchase.

Adding to the excitement, Chipsmore is bringing back the Chipsmore x Monopoly campaign on Shopee. Chipsmore fans will get to take home a beautiful mug from now to 21 March and a free handy tote bag from 22 March to 18 April with the purchase of any selected Chipsmore pack. These free gifts are available exclusively on Shopee. Terms and conditions apply.


The launch of the new Cadbury Zip is in conjunction with Shopee’s 3.3 Supermarket Sale. Shopee users who visit the platform during the Sale from now to 3 March 2021 will also enjoy free shipping with a minimum spend of RM10, daily 50% off deals as well as bargains from as low as 33 sen. Don’t forget to pay with ShopeePay for smoother checkouts.

Take a bite of Cadbury’s tasty offering and other delicious snacking products from Mondelēz International by visiting https://shopee.com.my/mondelezcadburyofficial

Sunday, 28 February 2021

Carta Pengkomen Tegar Januari 2021

2/28/2021 07:58:00 am 10 Comments

Carta Pengkomen Tegar Januari 2021 



No 1 - Tiara Sapphire dengan 17 komen




No 2 - Atie Zieya dengan 15 komen




No 3 - Cik TK dengan 15 komen




No 4 - Shikin Razali dengan 12 komen




No 5 - adianiez AIDA dengan 10 komen



No 6 - Sis Lin dengan 8 komen



No 7 - ZaridaIshak dengan 6 komen



No 8 - Shida Radzuan dengan 7 komen


No 9 - Nona Sani dengan 6 komen




No 10 - As Samsudin dengan 6 komen



** terima kasih support blog ini.... (^_^)


Saturday, 27 February 2021

Friday, 26 February 2021

Buat Donuts

2/26/2021 09:09:00 pm 10 Comments
Hmmmm... bestnya. Cubaan pertama buat donuts di rumah hari Ahad yang lepas. Sebelum ini asyik beli saja. Kali ini cuba buat sendiri dengan belajar dari beberapa video cara membuatnya di youtube. Sofea sangat suka dengan donut. Kalau balik kampung, memang akan request dari nenek dia.

Bila tengah musim PKP 2.0 ini tak boleh nak balik kampung sebab kena rentas daerah. Rindunya nak balik kampung...

Jom tengok....


Alhamdulillah... suka Sofea. Mujur lembut dan sedap dimakan. Makan beberapa donut pun dah kenyang. 


 ** kudapan sepanjang hari.....


Thursday, 25 February 2021

Wednesday, 24 February 2021

Tuesday, 23 February 2021

Merancang Percutian Ke Pulau Pangkor

2/23/2021 06:49:00 am 13 Comments

Walaupun sekarang ini kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, tidak salah rasanya kalau ingin merancang percutian ke mana-mana destinasi di Malaysia untuk musim cuti sekolah tahun ini. Selalunya kalau dah biasa tinggal di Johor mestilah nak bercuti ke negeri sebelah utara atau pantai timur. Tapi tahun ini Mia merancang nak ke Pulau Pangkor, Perak. Rasa nyaman dan tenang bila dapat tengok air laut di depan mata. Sofea pula suka naik bot. Sesekali pergi jauh sedikit merantau ke negeri orang, alangkah indahnya. Kata orang, jauh perjalanan luas pandangan.


Mia lebih selesa untuk survey dulu tempat-tempat menarik yang ingin dilawati mengikut bajet yang ada. Kena ambil kira berapa hari nak staycation di sana. Nak lagi mudah dan tidak pening kepala fikir banyak, boleh saja pertimbangkan untuk cuba guna khidmat pemandu pelancong supaya percutian lebih terancang. Sebab kalau nak bercuti jauh seperti ini kena pergi beramai-ramai sekeluarga bersama adik-beradik dan ibu bapa. Barulah meriah dan boleh buat macam-macam aktiviti di sana.


Apa kata kita ambil tahu serba sedikit tentang sejarah Pulau Pangkor. Ada yang kata asalnya nama pulau ini dinamakan sempena nama peneroka asal iaitu Pak Pangkor. Ada juga yang mengatakan asal namanya dari perkataan siam ‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau yang cantik. Apa pun pada 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah diberi status pulau bebas cukai.


Mula-mula Mia akan kenalpasti terlebih dahulu melalui peta yang seperti ini. Mia akan senaraikan pendek aktviti-aktiviti yang boleh dilakukan iaitu 
  1. Melihat dan menghayati pemandangan laut dari tepi pantai
  2. Mandi laut dan beriadah di tepi pantai sambil bermain pasir
  3. Menikmati pemandangan waktu senja ketika matahari terbenam dan pemandangan waktu pagi ketika matahari sedang mula naik
  4. Menaiki basikal atau motorsikal sewa mengelilingi pulau
  5. Mengambil pakej ronda keliling pulau atau Island Tour dengan van sewa
  6. Aktiviti riadah Jungle Trekking yang mencabar fizikal dan ketahanan diri
  7. Aktiviti snorkeling sambil melihat terumbu karang
  8. Mengambil pakej scuba diving yang sangat mengujakan
  9. Mengambil pakej memancing ikan dan candat sotong di sekitar perairan Pulau Pangkor
  10. Aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tarik dan merasai pengalaman menarik ini
  11. Aktiviti sukan air seperti berkayak, menaiki jet ski atau bot, island hopping dan bermain bola tampar pantai.
  12. Mengambil pakej boat trip keliling pulau
  13. Menaiki Sunset Cruising yang mempesonakan
  14. Menunggang kuda di Pantai Pasir Bogak
  15. Meniti jambatan gantung di Hutan Pasir Bogak
  16. Berkhemah dan memasak
  17. Melawat kampung-kampung di sekitar pulau untuk mengenali tradisi dan budaya masyarakat tempatan.
  18. Melawat Kota Belanda dan Masjid Terapung
  19. Membeli produk hasil laut, coklat, pinggan mangkuk dan periuk belanga

Ada lagi banyak sebenarnya. Tapi ini saja yang disenarai pendek oleh Mia. Bagaimana? Rasa bestnya. Sungguh tak sabar nak pergi staycation di Pulau Pangkor. Paling penting kena pandai pilih nak menginap di hotel mana yang sesuai dengan bajet Mia. Nampak gayanya agak rambang mata nak pilih ni. Banyak betul pilihan hotel dan resort di sini. Bila sahaja tengok dalam peta ini, pilihan terbaik Mia ialah Pangkor Laut Resort di Pulau Pangkor Laut.



Nak lagi seronok dan puas, kenalah menginap lebih lama di sini. Dapat pergi melawat ke semua tempat dan buat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga. Pasti dapat menyegarkan minda dari hiruk pikuk keadaan di bandar. Pengalaman percutian staycation yang sangat berharga dan akan membawa pulang kenangan indah yang penuh makna.


** masa bersama seisi keluarga....


Monday, 22 February 2021

Hadiah 2 Giveaway Telah Sampai

2/22/2021 05:36:00 pm 6 Comments
Wahhhh... bestnya. Hadiah-hadiah giveaway telah sampai. Tempohari Mia ada cerita di SINI dan SINI yang Mia ada menang 2 giveaway.

Hmmmm... terujanya Mia. Siapa sangka ada rezeki dari giveaway buat Mia di bulan Februari 2021 ini. Syukur sangat. Dapat RM30 gift voucher  AEON dari blog Tangan Gebu dan Mouse pad serta beberapa fridge magnet dari blog Sal.


Terima kasih ya...


** so lovely.....


Sunday, 21 February 2021

Menang My First Giveaway by Blog Sal

2/21/2021 01:48:00 pm 15 Comments

Wahhh.. sungguh tak disangka. Mia menang My First Giveaway by Blog Sal di entri pengumuman pemenang di SINI. Syukur sangat nombor peserta Mia, 34 sangat bertuah. Hadiahnya fridge magnet. Bertambahlah koleksi fridge magnet Mia yang melekat di peti ais nanti.



Bestnya. Terima kasih banyak-banyak ya Sal. Butiran yang dikehendaki telah Mia emelkan. Semoga murah rezeki buat Sal nanti.


** mood ceria...


Saturday, 20 February 2021

Friday, 19 February 2021

Thursday, 18 February 2021

Wednesday, 17 February 2021

15 Ways To Keep A Relationship Working

2/17/2021 01:19:00 pm 3 Comments
01. Love each other.

02. Don't lie.

03. Keep communication open.

04. Stay with.

05. When you got hurt, just forgive and forget.

06. Never talk about break-ups.

07. Never say "It's ok" even if its not.

08. Forget about pride.

09. If you say sorry, mean it.

10. Don't talk about your stupid ex's.

11. Don't compare your past to your present.

12. Give and take process.

13. Be aware of his/her feeling.

14. When you had a fight, don't let the day pass without being fine.

15. Don't be the perfect one. Be the right one.



Tuesday, 16 February 2021

Monday, 15 February 2021

O’HALOS MAJU KE HADAPAN

2/15/2021 08:26:00 pm 5 Comments
KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2021 – Akibat COVID-19, Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digital mereka O’HaloS.

Semasa menubuhkan Halo Ventures, visi pemiliknya adalah untuk mewakili jenama gaya hidup bertaraf antarabangsa bermula dengan Skechers. Semenjak dari itu mereka telah meraih pertambahan jenama dari Obag, ANTA dan O’Bites yang meletakkan mereka dalam segmen penjagaan diri dan kesihatan melalui penerapan model perniagaan yang menggabungkan konsep perniagaan pusat jualan fizikal (brick-and-mortar) dan secara atas talian.

“Sememangnya matlamat kami adalah untuk membangunkan laman e-perdagangan yang komprehensif. Pandemik ini telah melonjakkan proses tersebut,” kata Spencer Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Halo Ventures.

O’HaloS (www.ohalos.com) merupakan syarikat platform e-perdagangan bagi pelbagai jenama yang menghubungkan kedai jualan dengan pelanggan melalui kaedah yang paling selamat.

Chua turut berkata: “Keperluan untuk menjaga jarak fizikal menjadikan keperluan pusat beli-belah digital O’HaloS sebagai satu kemudahan yang tepat dan terbaik bagi mengekalkan persekitaran membeli belah yang selamat. Melalui O’HaloS, pelanggan kami boleh berbelanja dengan selamat. Ia merupakan satu persekitaran yang positif, terlindung dan selamat walaupun berada dalam situasi pandemik yang melanda masa kini.

“Secara melangkah ke hadapan, O’HaloS akan berfungsi sebagai enjin pemacu pembangunan perniagaan Halo Ventures yang secara harfiah akan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu (24x7),” ujar Chua selanjutnya.

O’HaloS membekalkan syarikat dengan saluran untuk meningkatkan kesedaran, memacu perdagangan dari kedai fizikal mereka, dan meraih jualan. Yang lebih penting adalah anjakan digitalisasi membolehkan Halo Ventures untuk bertindak pantas terhadap sebarang perubahan lanskap perniagaan dan keperluan pasaran.

Perubahan kepada kaedah atas talian mestilah penuh dengan cabaran.

“Kaedah pembelajaran kami adalah sukar. Kami perlu memilih dan menilai platform membeli belah atas talian mana yang akan kami gunakan, keperluan gudang serta logistik. Sebagi contoh, susun atur kedai atas talian perlu kelihatan menarik dan mesra pengguna manakala bahagian sokongan pula perlu sentiasa cekap dan lancar,” dedah Chua.

Melihat ke hadapan dengan optimistik, Chua juga berkata dengan penuh bersemangat: “Semasa menuggu pemulihan pandemic COVID-19, kami merancang untuk menambah lebih banyak lagi jenama ke dalam O’HaloS agar kami dapat menawarkan lebih banyak lagi pilihan kepada pelanggan.

“Matlamat akhir kami adalah untuk menjadi pusat beli-belah atas talian setempat bagi pelbagai jenama, di mana pembeli boleh mendapatkan keperluan sukan, jenama barangan gaya hidup dan kudapan sihat dengan mudah dalam suasana yang aman serta selamat dan melihat pesanan mereka dipenuhi hanya melalui satu penghantaran.”

Pastinya bagi setiap cabaran terdapatnya juga peluang. Selagi semangat kita kekal utuh dan bersemangat, Malaysia dan rakyat Malaysia pasti akan berjaya.