Kebetulan selepas selesai urusan pendaftaran pengajian untuk Semester September 2010, Mak Mertua pun telefon Mia. Ajak pergi beli kerepek kat Parit Raja lepas dia balik kerja, dalam waktu tengahari. Adik ipar kerja satu hari itu, jadi takde siapa nak temankan Mak Mertua. Suami Mia pun setuju boleh lah bawa Sofea jalan-jalan, jumpa orang (favourite Sofea) dan singgah rumah keluarga Mia kat Taman Universiti dekat dengan UTHM.

Hari Raya takkan sah kalau takde kerepek, betul tak? Kami berkenan sangat beli kerepek kat Kilang Midshah & Aishah kat Parit Raja.  Masuk dari Jalan Parit Botak. Murah dan banyak. Ramai yang datang beli sampai kerepek ubi habis. Patutnya pergi awal tapi masa ni je yang free. Beli jelah apa-apa yang patut.


Sebelum balik Johor Bahru, singgah berehat kat rumah keluarga Mia. Suka betul atok dan neneknya, cucu kesayangan datang walaupun sekejap. Keluarga Mia berniaga kuih dan makanan kat bazar ramadhan, jadi agak sibuk memasak di dapur. Tak dapat berbuka bersama keluarga Mia, terpaksa balik sebab adik Mak Mertua dari Kota Tinggi nak datang. Bungkus sedikit kuih yang mak buat dan mee hoon goreng yang bapak Mia masak. Memang sedap dan berselera untuk buka. Nanti Hari Raya Kedua baru balik lagi.

p/s: sedap rasa kerepeknya... tak kisah walaupun beli jauh-jauh...