Apa pun Mia syukur sangat demam Sofea beransur reda selepas makan ubat homeopati petang semalam. Jadualnya satu jam sekali minum ubat sehinggalah pagi tadi pukul 6.00pagi baru habis ubatnya. Kemudian, disambung pula dengan ubat yang 4 jam sekali minum untuk seterusnya sehinggalah habis semuanya. Rasanya macam air masak jadi mudah nak minum. Minum pun guna gelas. Kalau guna picagari ataupun sudu, sudah tentu Sofea tak nak punya. Lega sangat rasanya Sofea nak minum ubat walaupun tidur Mia dan suami kejap-kejap sambil jaga Sofea.

Hari ni Mia pergi kerja dan macam biasa hantar Sofea ke rumah Mak Semah. Merengek-rengek tak nak. Nak ikut Mia juga. Nak buat camne Mia kena pergi kerja juga. Cuti Mia dah tak berapa banyak, lagipun nak kena simpan untuk apa-apa kecemasan di kemudian hari dan exam nanti. Sepanjang masa Mia call Mak Semah, pantau perkembangan Sofea dari pejabat. 



p/s: pening gak tak cukup tidur, nanti masa tengahari tidur kejap...