Hmmm... Mia akui seminggu dua ni agak busy. Minggu lepas Sofea demam, ayah Sofea demam dan Mia ada kursus. Minggu ni pula busy attend mesyuarat dan buat design untuk Bahagian Promosi menyiapkan buku program dan pertandingan mewarna bagi program MAHA 2010. Hujung minggu ada kelas kat OUM Johor.

Tengahari tadi pula Mia cuma sempat cari bekas paperbag untuk hadiah. Ni je saiz yang ada, yang kecik skit dah habis. Nasib baik comel. So sweet.

Nampak gayanya, esok tengahari sahaja baru Mia poskan hadiah ni. Seperti biasa menggunakan perkhidmatan Nation Wide. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang berjaya.

Nak tahu apa hadiahnya? Kita tunggu pemenang bergambar dengannya. Mesti tak sabar-sabar, kan? Jangan lupa nanti bila hadiah dah sampai, buka sampulnya dan bergambarlah dengan hadiah tersebut dan dikirimkan ke email akak nanti. Opppsss! bersama ucapan ringkas sekali. 

Pemenang-pemenangnya ada di dalam entri sebelum ini Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak.

p/s: ni adalah contest terakhir yang Mia buat untuk tahun ini....