Mak mana yang tak risau kalau anaknya demam.. Kalau boleh nak cepat-cepat sembuh. Kalau budak asyik rengek je, hati tentu tak senang. Status kesihatan Sofea semakin pulih, walaupun malam tadi dalam pukul 11.00 tiba-tiba panas. Mia dan suami terpaksa mandikan Sofea dengan air biasa. Alhamdulillah, lepas tuh dah reda dan suam sehingga kini. Sofea masih lagi diberi minum ubat homeopati yang 4 jam sekali. Rasanya sehingga malam ni, baru habislah ubat tu. 

Mia puas hati dengan ubat homeopati, cepat keluarkan panas dalam Sofea dan ruam panas keluar bermula semalam. Alhamdulillah, ruam panas di badan Sofea dah mula kurang selepas sapu krim dan bedak Agnesia.

Sofea sekarang kembali ceria dan aktif, asyik nak main je. Sempat juga Mia snap gambar Sofea pagi tadi masa dia bangun dalam pukul 5.30 pagi. Memang dah rutin Sofea bangun awal pagi walaupun tidur lambat. Masa mengandungkan Sofea dulu, waktu awal pagi ni lah, Mia sibuk belajar dan ulangkaji pelajaran. 





p/s: apa-apa pun Mia rasa lega sangat dan boleh lah lepas ni Mia nak siapkan assignments pula.... buat pelan-pelan...