Asas 5 jari
  • Jari telunjuk : Usus
  • Jari tengah : Jantung
  • Jari Manis : Imuniti
  • Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda... Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita  pulak, adalah dengan melihat  pada jari kelingking kita.. Kalau jari kita  meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cuba lihat tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke??? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Mari kita ke bahagian yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Cuba tengok pada kuku setiap jari anda.. jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Tetapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya Allah...

Moral : Jagalah kesihatan kita, ia anugerah yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa...

Sumber : Email