Hmmm... kentang goreng memang dah jadi kegemaran di rumah ini. Sofea memang cukup suka kalau makan kentang goreng. Selalunya Mia akan goreng sehingga agak garing dan toskan sebentar. Kemudian, tuang ke dalam pinggan dan taburkan sedikit garam. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili.

Boleh dimakan bila-bila sahaja sama ada pagi, tengahari, petang atau pun malam. Santapan yang mudah untuk disediakan. Hanya perlu goreng sahaja. Nak-nak time cuti macam ni, surirumah pun nak rehat juga dari memasak hidangan yang berat. Mengenyangkan dan sedap dimakan.

Jom tengok Sofea makan kentang goreng sendiri... zasss...






p/s: kalau nak lebih sedap lagi belilah fries McDonald..