Hmm.... tiap-tiap hari pergi kerja Mia mengenakan pakaian baju kurung. Baju kurung nampak lebih formal dan amat sesuai untuk pakaian pejabat. Baju kurung moden yang ada fesyen terkini belum ada lagi. Masa anak dara, ada jugalah beberapa helai. Bila dah kahwin, sudah tidak muat. Nak jugalah ada beberapa pasang bagi menambahkan koleksi baju kurung di almari.

Jom tengok gambar Mia, Sueha dan Aqhmar bersantai-santai di Country Garden, Danga Bay, Johor Bahru. Sueha dan Aqhmar, mengenakan pakaian baju kurung moden.




Baju kurung moden sememangnya tidak asing lagi bila didengari. Tentu terbayang di depan mata satu fesyen yang kontemporari dengan sentuhan rekaan menarik yang diberikan nafas baru untuk si pemakainya agar kelihatan lebih anggun dan jelita bila digayakan.

Asalnya adalah baju kurung yang merupakan pakaian tradisional untuk orang perempuan bangsa Melayu. Tetapi apabila ianya diubahsuai dengan peredaran masa di zaman sekarang, rekabentuk dan potongan pula diubah menjadi lebih moden dan kreatif ditambah pula dengan hiasan sulaman, manik, labucci dan kerawang. Material juga turut dipelbagaikan antaranya chiffon, sutera, batik, linen, satin, organza dan lain-lain lagi. Namun begitu, ciri-ciri keasliannya masih dikekalkan. Bak kata orang, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Fesyen baju kurung moden sentiasa digemari oleh para wanita. Amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tidak kira tua ataupun muda.


Tapi kan.... sekarang ini sudah semakin mudah dan senang untuk beli baju kurung moden secara online. Tidak perlu susah-susah nak berjam-jam di kedai pakaian pilih baju kurung moden. Kalau shopping online, boleh ada banyak pilihan yang cantik-cantik dengan pelbagai rekaan yang menarik. Pendek kata, tidak akan menghampakan kita. Jom tengok baju kurung moden kat internet. Mana tahu, kalau-kalau berkenan boleh terus beli. Mia pun nak pilih satu nanti....

baju kurung moden... dulu, kini, selamanya memperlihatkan ketrampilan imej kesopanan wanita Timur dan keunggulan budaya Melayu... (^_^)