Tidak terlintas pun di fikiran Mia sebelum ini maksudnya masa sebelum tahun 2007 untuk menjadi seorang blogger suatu hari nanti. Tahun 2007 ialah tahun di mana Mia mula bertapak di dunia blog ini. Siapa sangka dari mula suka-suka.. happy dan nak enjoy kan diri untuk larikan diri dari masalah kerja... boleh pula terjebak secara tegar dalam dunia blog.

Blog ini umpama platform Mia untuk kekalkan kemahiran teknologi maklumat Mia dari segi coding, programming, graphic design dan berkongsi pengalaman. Di samping itu Mia juga boleh nak bersastera sedikit dengan puisi, membebel apa yang patut dan sosial time dengan blogger lain.

Tiada apa yang boleh dinyatakan di sini melainkan hanya untuk perkongsian semata-mata. Tiada unsur riak atau takbur. Mana lah tahu.. kot-kot ada yang terasa dengan Mia. Blog ini juga boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang di luar sana. Sekurang-kurangnya dapat juga menyumbangkan "something" pada pengunjung. Baik pelajar IPTA atau IPTS... blogger baru.. menjadi idola kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk memilih aliran teknologi maklumat..

Cuma biasalah kan.. kalau Mia tengah sibuk ke.. ada komitmen lain, memang blog ini tidak dapat nak di update secara konsisten, Mia juga tidak dapat nak blogwalking banyak-banyak blog dalam satu masa. Memang rindu sangat nak buat semua ini.

sayang sangat kat pengunjung blog ini... maafkan Mia...