Salam sejahtera semua. Pertama kalinya Mia nak minta maaf sebab blog ini tersepi seketika dek Mia terikat dengan beberapa komitmen yang tak dapat dielakkan pada bulan Januari 2016. InsyaAllah... bulan Februari nanti akan reda seketika dan cuba kembalikan momentum berblog seperti dulu.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, macam-macam perkara yang berlaku yang membuatkan Mia agak sukar untuk luangkan masa sedikit untuk blog. Bukan maknanya Mia tak sayang blog ini... tersangat-sangat rindu nak berblog semula. Kekangan masa yang menjadi penghalang.

Aktiviti blog juga ada yang tertangguh. Carta Pengkomen Tegar dan Segmen Bloglist akan Mia update nanti.

Apa-apa pun jiwa Mia tetap pada blog tercinta ini.


banyak kisah nak diceritakan tapi tak menyempat... huhuhu...