Wah... dengar nama saja dah gerun terasa di hati ini. Festival Layang-Layang Sedunia World Kite Festival Pasir Gudang 2017. Kali pertama Sofea jejakkan kaki ke Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. Sukanya Sofea.

Acara gilang gemilang ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Tahun ini bertemakan Pengkongsian Bersama Komuniti / Sharing With Community dan berlangsung dari 22 hingga 26 Februari 2017.

Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia dan disenaraikan dalam kalendar pelancongan Negeri Johor 2017.








Ramai sangat pengunjung yang datang. Ini adalah kali ke 22 acara festival sedunia ini dianjurkan. Meriah sangat.


Sempat beli satu layang-layang comel untuk Sofea.

** family hour.....