Masa untuk servis kereta kesayangan Mia bila dah sampai 152,150 km. Hari Khamis lepas baru saja perasan dan terus pergi servis sekejap kat kedai kereta berhampiran pejabat Mia. Sebenarnya kan.. dah terlebih 2,000 km. Padahal kat cermin kereta ada tampal 150,150 km.

Servis kali ini, Mia tukar minyak hitam, oil filter dan spark plug. Mia beli minyak hitam Shell Helix HX7 10W-40 dan dapat percuma satu mangkuk kaca Claytan berwarna putih.




Alhamdulillah... bertambah koleksi mangkuk di rumah.

** peringatan untuk diri sendiri selepas ini kena lebih peka untuk servis seterusnya nanti...