Memandangkan Mia adalah seorang penjawat awam, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) memang kena tempuhi. Selalu tipu diri untuk rasa gembira bila hari periksa hampir tiba. Tekanan mula terasa tapi buat tak tahu je. Kali ni Mia perlu hadir ke PTK untuk Kompetensi Fungsional. Bila tu? Dah dekat dah. Selasa depan 29 Jun 2010. Untuk yang Kompetensi Generik, Mia dah ambil tahun lepas. Bila nak periksa je, yang penting sekali ialah lulus. Mia baru je Tahap 1.

Sebagai seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 di organisasi ini, dan juga calon tunggal gred ini, Mia kena lah belajar sorang-sorang. Tak ada kawan. Nak buat macam mana... sedihnya. Tapi tidak mengapa.. dah biasa belajar sorang-sorang... harus cuba juga.

Silibus yang ditentukan adalah seperti berikut :
  1. Maklumat Organisasi
  2. Rancangan Tanaman Semula Nanas (RTS) dan Rancangan Tanaman Baru Nanas (RTB)
  3. Konsep ICT
  4. Teknik Pengaturcaraan
  5. Konsep Pemasangan (Rangkaian Komputer)
  6. Pembangunan Aplikasi Multimedia
  7. Konsep Sistem Operasi (Penyelenggaraan, Keselamatan dan Pengendalian)
Macam biasa lepas dah periksa mesti lah ada temuduga terbuka untuk calon PTK. Oleh kerana Mia sorang sahaja, maka diberi tugasan berupa take home assignment untuk 7 hari (alhamdulillah). Harap sangat soalan-soalannya dapat Mia jawab dalam tempoh tersebut.

Apa-apa pun yang penting sekali, jangan sampai blank ketika nak jawab exam. Ni perkara yang paling dan amat Mia takutkan.