Terima kasih lah kerana sudi datang ke blog Mia. Kengkawan bloggers tak putus-putus datang sini dan klik iklan nuff Mia. Mia hanya dapat balas kunjungan itupun pada waktu malam. Jangan kecil hati kalau Mia terlupa nak follow balik. Tinggallkanlah mesej di dalam ShouBox. Aktiviti dan jadual harian Mia pula semakin ketat sekarang ni.

Kalau minggu lepas Mia sibuk dengan PTK, Penilaian Tahap Kecekapan untuk kakitangan kerajaan. Minggu ni pula adalah minggu kritikal bagi Mia. Apa tidaknya, Mia ada 2 assignments yang perlu disiapkan untuk Subjek Object Oriented Approach in Software Development tentang Air Asia Online Ticketing System dan Subjek English for Oral Communication tentang "What Makes Me A Malaysian".

Rangka untuk assignment dah ada. Lecturer pun banyak tunjukajar. Walaupun masa terhad untuk berjumpa, Mia gunakan sepenuhnya untuk tanya itu dan ini lepas habis kelas semalam.

Mia perlu adakan masa study, untuk mid-term exam bagi Subjek Professional Ethics pada hari Khamis ni. Nasib baik satu subjek je yang kena mid-term exam.


Nampak macam senang. Bagi pelajar sepenuh masa memang ada masa yang cukup. Bagi Mia, huhuhu ..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bukan senang, Sofea pula sekarang pantang kalau maknya buka buku ke... buka komputer ke... suka betul mengacau. Budak nak membesar memang macam tu. Semua benda dia nak pegang, usik dan dibuat main. Terpaksalah tidurkan dia dulu, itupun pukul 12.00 malam baru dia boleh tidur.

Dalam pada ini, kesihatan perlu dijaga juga. Minggu lepas Mia macam demam sekejap, mungkin letih baca buku tentang kerajaan (akta,pekeliling,GO). Suami Mia belikan Jus Manggis Shamelin... alhamdulillah badan rasa ringan dan Mia bertenaga, taklah letih macam minggu lepas. 

Apa-apa pun bekerja sambil belajar, cabarannya terlalu kuat. Kalau hilang semangat, boleh berhenti di tengah jalan. Sokongan moral dari keluarga amat penting.