Diam tak diam dalam tempoh blog ini bercuti dari update, tidak sangka trafik blog ini tetap konsisten setiap hari. Ada hari trafik blog ini mencanak naik pageviews. Ada masa maintain dan tidak putus dengan kunjungan readers dari mana-mana search engine untuk cari maklumat di blog ini. Ada juga kenalan rakan blogger yang datang jenguk Mia di sini. InsyaAllah bila berkelapangan nanti Mia akan blogwalking ke blog anda sekalian pada siapa-siapa yang tinggal jejak di ruangan komen entri blog ini.
Faktor utama mungkin entri blog ini dah melebihi 90,000 posts dan semua entri telah di indexed oleh search engines. Jadinya kalau ada yang search guna keyword tertentu dan kebetulan matching dengan mana-mana entri blog Mia, maka jumpalah blog ini. Sungguhpun setahun dah tak update blog, jadinya trafik blog ini datangnya dari entri-entri lama yang semakin lama semakin banyak pageviews nya. Biarlah orang tengok dari luaran dengan blog kita ini macam biasa saja. Tetapi siapa tahu, sebenarnya blog kita ini tidak kurang hebatnya. Sebab itu jangan sedih kalau trafik blog tidah setinggi mana. Tips dari Mia.. banyakkan entri blog yang pelbagai. Bersabarlah, mungkin hasil outcome nya bukan sekarang tetapi di kemudian hari.
Beberapa screenshot yang Mia sempat dalam seminggu dua ini.... jom tengok..
1 Ogos 2026 - 1.35 pagi
4 Ogos 2026 - 8.50 malam
Nak-nak yang screenshot yang ketiga ini, terus menyuntik semangat Mia untuk update blog. Kadang kan bila time tiada mood nak update, bila berlaku satu kejadian yang tiba-tiba ini terus tersedar dari mimpi. Ke main terus Mia update blog. Pernah ada masa dan ketika Mia ingin tutup blog ini. Tetapi Mia pendamkan dulu hasrat itu.
Nah... pucuk dicita ulam mendatang. Akhirnya Mia tewas dalam kealpaan dan mula update blog kesayangan ini. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang telah menarik Mia kembali menyinari dunia blog tahun ini. Yeahhh...
** luv uollsss.....







0 Comments