Alhamdulillah syukur... Berbaloi juga Mia buat blog ini. Blog ini telah wujud sejak tahun 2007. Masa tu Mia buat untuk suka-suka, tidak niat sedikit pun untuk menjana pendapatan dari blog.

Tetapi selepas Eja, budak praktikal ICT hadir awal tahun ini di ofis Mia, barulah Mia daftar dengan Nuffnang pada akhir bulan Mac 2010. Dan menjadi aktif semula. Hasil cek pertama Mia ini adalah dari Project Alpha. Cashout pada 1 Jun 2010. Hmmm... mesti dapat agak kan? Apa-apa pun Mia suka sangat sebab cek ini sampai pada hari Jumaat lepas, 6 Ogos 2010. Sehari sebelum birthday Sofea. Terima kasih, Nuffnang. 


Secara tidak langsung, ia turut menyuntik semangat Mia untuk terus berkecimpung dalam arena blogging ini. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda semua yang sudi klik iklan Nuffnang Mia. Jasa mu akan dikenang.

p/s: kalau Mia selalu klik iklan Nuffnang kat blog anda... jangan marah ya...