Pada hari Sabtu lepas, 7 Ogos 2010, suami Mia dapat jemputan dari CNI Singapura. Pejabatnya terletak di Tingkat 15, Plaza Peninsula. Memandangkan Cikgu Rahman adalah upline suami Mia, yang dijemput khas untuk memberikan ucapan motivasi maka secara tidak langsung kami pergi bertiga.

Pagi-pagi lagi Mia dah siapkan barang-barang Sofea, dan tinggalkannya kat rumah Mak Mertua. Kesian Sofea, hari itu adalah Hari Lahir Sofea yang pertama. Sekejap je dah setahun usia Sofea. "Happy Birthday, Sofea". Walaupun esoknya Mia ada Oral Exam, Mia tetap temankan Suami Mia sebagai sokongan moral penglibatannya dalam aktiviti CNI.

Kak Ana lah yang bertanggungjawab menjemput kami dari Larkin dan bawa kami ke Pejabat CNI. Majlis Silaturrahim Berkongsi Pengalaman Bersama Puan Junaidah Tarjo. Majlis berlangsung dari pukul 2.00 petang sehingglah pukul 6.00 petang.


Apa-apa pun pengalaman yang Mia dapat memang best. Luar biasa baik. Dan kami pulang tidak dengan tangan kosong. Ada cenderahati lagi. Juadah ringan yang disajikan sedap-sedap belaka. Terima kasih CNI Singapura! Lain kali jemputlah lagi...