Giant U Mall, Taman Universiti ni paling dekat dengan rumah Mia. Jadi kalau boring-boring, kami bawa Sofea jalan-jalan sambil beli barang keperluan. Selalunya kalau pergi, Sofea pasti akan melakukan aktiviti wajib dia. Seronok betul. Meh kita tengok apa dia?








Hmm... betapa sukanya dapat naik benda ni. Pandu sendiri, boleh pergi ke mana-mana yang dia suka. Kalau tak bagi dia naik, memang meragam lah bila balik rumah. Sekali naik RM3.00 selama 5 minit. Lebih-lebih lagi kalau ada ramai budak naik, memang Sofea akan terjerit-jerit nak naik sama. Bila masa dah habis, dia puas hati dan gembira betul sambil tersenyum lebar. Nasib dia tak meradang nak naik semula lagi...

Apa-apa pun kita sebagai ibu bapa tentulah nak anak sendiri gembira dan dapat kecapi apa yang diingini. "We love her so much"

p/s: gambar agak sedikit goyang sebab amik masa dia main...