Tahniah! Tiefazatie memang bertuah. Comel je orangnya bersama hadiah yang dimenangi. Orang Terengganu rupanya.  Nak tahu tak apa dia? Produk CNI, 1 kotak Royal Jelly Vita C 100 tablets dan juga Ocean Phyto Facial Cleanser. Sumbangan dari mycni2.blogspot.com. Vitamin C dan pencuci muka untuk kegunaan seisi keluarga. Tentu suka keluarga Ifa, kan? Jom sihat bersama produk CNI... Mia tumpang gembira.

Tiefazatie ni rajin betul komen boleh dikatakan semua entri pada bulan Ogos dan September 2010. Jadi tak sia-sia lah komen kat blog Mia ni. Sememangnya Ifa pengkomen tegar blog ini. Terima kasih tak terhingga kat Ifa. Ye lah... apalah makna sebuah blog tanpa pengkomen dan pengkritik... 

Jom kita tengok entri yang Ifa buat untuk Mia. Sweet sangat. Mia rasa cukup terharu. Entrinya bertajuk Bila Tiefazatie Promote Produk CNI.

Tiefazatie ni sangat aktif dalam memasuki apa jua jenis pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana blog. Dia ni juga pernah memenangi Kuiz Smile..Smile..Smile.. yang Mia anjurkan pada tahun ini sebagai Pemenang Saguhati.

Apa-apa pun semoga Ifa sukses dalam apa jua bidang yang akan diceburinya nanti.  Ifa memang best dan sporting....