Sila berhati-hati sekiranya anda terpaksa menggunakan komputer / pc di tempat awam (seperti di cyber cafe dan sebagainya..) Sila periksa di belakang PC dan lihat apakah ada suatu alat atau tidak. Sekiranya alat seperti ini ada, jangan gunakan pc tersebut. Ini kerana alat tersebut merupakan hardware keylogger yang dapat MEREKODKAN KESEMUA PASSWORD atau MAKLUMAT YANG KITA TAIP.

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang berhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yang telah diketik/masukkan oleh keyboard itu…

Kebanyakan alat ini dipasang di Internet Cafe, pameran, hotel dan berkemungkinan dipasang di lapangan terbang oleh orang-orang tertentu yg berniat jahat. Maka berhati-hatilah terutama anda yang menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau laman-laman web penting yang lain.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yg mencurigakan dibelakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat awam untuk mengakses site penting.

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. dan mencegah terjadinya hal-hal yg tidak diinginkan.

p/s : maklumat ini amat penting juga kepada pemilik cyber cafe... jangan susah hati ya...

Sumber : Email